Pages

Tuesday, June 3, 2008

Walkathon SUKAM
























09hb. Mac, 2008 – Sekolah Ugama Katimahar bergabung dengan Persatuan Ibubapa guru (PIBG) sekolah mengdakan walkathon amal bertaja buat kali pertama bagi sekolah berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat dalam acara berkenaan ialah Yang Mulia Dato Paduka Ustaz Hj Ishaaq bin Hj Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Hampir 500 orang yang hadir terdiri dari kalangan murid Sekolah Ugama Katimahar, ibubapa dan jemputan-jemputan khas turut sama memeriahkan acara pada pagi itu.

Dalam ucapan tetamu kehormat menekankan betapa pentingnya hubungan sekolah dengan masyarakat perlu disemai, terutama di kalangan ibubapa dengan pihak sekolah, beliau menambah lagi agar setiap persekolah ugama dapat mencontohi sekolah berkenaan dalam merancang aktiviti dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Dikesempatan itu juga YM Dato Ada Menyentuh mengenai program 5 ‘s’ yang pernah berjalan di sekolah berkenaan agar dapat dilaratkan di semua persekolahan ugama pada tahun ini juga.

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah nombor bertuah, penyampaian hadiah kutipan terbanyak di kalangan warga sekolah dan murid serta doa selamat.


No comments: