Pages

Wednesday, June 4, 2008

Peperiksaan Setangah Tahun Berjalan

Bermula 21hb Mei 2008 ( Rabu ) - Peperiksaan darjah Pra telah bermula dan diikuti selepas itu peperiksaan bagi darjah tinggi. Peperiksaan akan berakhir pada 04hb Jun 2008.

Sebelum peperiksaan bermula alhamdulillah melalui badan akademik bergabung dengan guru kaunselor telah mengadakan motivasi sebelum menghadapi peperiksaan.

Pada 24hb Mei 2008 - Smart Trend telah membuat lawatan ke Sekolah Ugama Katimahar bagi meningkatkan nilai tambah kepada murid-murid yang telah mengikuti perkhemahan motivasi pada bulan Mac yang lalu iaitu murid yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Negara Brunei Darussalam.

Alhamdulillah, selepas peperiksaan nanti pihak sekolah telah merancang aktiviti khusus selepas peperiksaan bermula 5hb Jun hingga 14hb Jun 2008.

No comments: