Pages

Thursday, May 29, 2008

PERKHEMAHAN MOTIVASI SEKOLAH

Pada 01hb Mac, 2008 ( Sabtu ) - Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III telah mengadakan Perkhemahan Motivasi selama 28 jam khusus bagi murid yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama bagi tahun 2008. Seramai 42 peserta telah menyertai perkhemahan motivasi yang dianjurkan bersama oleh Pihak Sekolah Ugama Katimahar dan Persatuan Ibu Bapa dan guru ( PIBG ) dan dikelolakan oleh salah sebuah kounsaltan dari Semananjung Malaysia Smart Trend Training Provider.

Antara lain objekif perkhemahan ini diadakan ialah smata-mata untuk meningkatkan aras motivasi murid-murid Sekolah Ugama Katimahar khusus yang akan menduduki peperiksaan bersijil. Pihak sekolah berbesar hati di atas bantuan dan sokongan PIBG dan ibubapa terhadap perlaksanaan projek sekolah malah komited dalam meningkatkan dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III.

Berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut di antaranya ialah sessi kuliah, aktiviti tahan lasak, pengisian rohani juga tidak ketinggalan seperti sembahyang fardhu lima waktu dilakukan secara berjema'ah, membaca surah yassin, sembahyang sunat hajat dan qimullail.

Semasa hari penutup 02hb, Mac, 2008 ( Ahad ) - Tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Ketua Kampong Lugu dan Katimahar, Hj Sapar bin Hj Abd Rahim. Untuk memantapkan dan memastikan apa yang telah dirancang oleh peserta dalam menaikkan aras motivasi mereka pihak Smart Trend telah mengadakan sissi perjumpaan bersama ibubapa dan penjaga murid bagi penerangan terus kepada mereka mengenai plan tindak yang telah mereka rancang semasa menjalani perkhemahan.


Koleksi Gambar Program 3K