Pages

Monday, September 5, 2011


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Daripada Warga Sekolah Ugama Katimahar

Aktiviti Bulan Ramadhan



Sempena Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Bertadarus di Sekolah, di Masjid Kg Katimahar dan di tutup Majlis bertadarus dengan Majlis Khatam Al-Quran bagi Guru-Guru dan Murid-Murid.

Sunday, July 31, 2011

Membersihkan Tanah Perkuburan



28 Syaaban 1432H/30hb. Julai 2011M- Sabtu, guru-guru dan murid-murid sesi petang telah mengadakan aktiviti berkebajikan iaitu Membersihkan Tanah Perkuburan Kg Lugu.

Membersihkan Tanah Perkuburan

26 Syaaban 1432H/28hb. Julai 2011M- Khamis, guru-guru dan murid-murid sesi pagi telah mengadakan aktiviti berkebajikan iaitu Membersihkan Tanah Perkuburan Kg Katimahar sempena Menjelangnya Bulan Ramadhan.

Membaca Surah Yaasin



12 Syaaban 1432H/14hb. Julai 2011M- Khamis, telah diadakan Majlis Membaca Surah Yaasin Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Sultan Ke 65 Tahun.

Majlis Khatam Al-Quran





12 Syaaban 1432H/14hb. Julai 2011M- Khamis, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Murid-Murid Darjah VI Sesi Pagi dan Petang. Majlis berlangsung pada pagi Khamis. Seramai 45 peserta khatam telah menyertainya terdiri daripada 44 orang murid darjah VI dan seorang murid perempuan Sekolah Arab. Tetamu kehormat majlis Yang Mulia Ustaz Hj Rusli Bin Hj Mohd Salleh, Ketua Unit Sekolah-Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam.

Sambutan Isra' Mi'raj



07 Syaaban 1432H/09hb. Julai 2011M- Sabtu, telah diadakan Majlis Sambutan Isra' Mi'raj yang diserikan dengan mendengar ceramah daripada penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiyyah Yang Mulia Ustaz Hj Awg Amin Bin Hj Mohd Yasin.

Membaca Surah Yaasin



18 Rejab 1432H/20hb. Jun 2011M- Isnin, telah diadakan Majlis Membaca Surah Yaasin bagi memohon perlindungan dan keberkatan daripada Allah sempena pembukaan penggal persekolahan ketiga.

Sunday, June 19, 2011

Sukan Ria





04 Rejab 1432H/06hb. Jun 2011M- Isnin, telah diadakan Sukan Ria antara rumah-rumah. Aktiviti ini diadakan sebagai aktiviti tahun sekolah selepas murid-murid menghadapi peperiksaan setengah tahun yang dikendalikan oleh Bahagian Ko Kurikulum.

Program Motivasi 1432H/2011M









02&03 Rejab 1432H/04&05hb. Jun 2011M-Sabtu dan Ahad, telah diadakan Program Motivasi Murid-Murid Darjah 6 tahun 1432H/2011M. Program diadakan selama dua hari iaitu Hari Sabtu (di Sekolah) dan Hari Ahad (di Pantai Hutan Simpan Berakas). Tema pada tahun ini: SMS-Saya Membakar Semangat. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi meningkatkan tahap motivasi murid yang akan menghadapi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama pada tahun ini. Berbagai kemahiran diterapkan dan sesi ceramah motivasi yang diberikan. Seramai 52 peserta yang telah mengikutinya terdiri daripada murid-murid darjah 6 Sekolah Ugama Katimahar sesi pagi dan petang dan seramai 3 orang fasilitator. Penyampai Sijil Kemahiran kepada para Peserta dan Sijil Penghargaan kepada Guru-Guru diadakan di Pantai Hutan Simpan Berakas yang telah disampaikan oleh Ustazah Dk Hjh Masrelawati@Khadijah Binti Pg Hj Mohd Said, Pegawai Pengajian Islam Brunei III, Jabatan Pengajian Islam.

Lawatan Ke Balai Bomba

29 Jamadilakhir 1432H/02hb. Jun 2011M- Khamis, Bahagian Ko Kurikulum Sekolah telah mengadakan Lawatan Ke Balai Bomba Cawangan Jerudong bagi murid-murid rendah bawah yang telah selesai menghadapi peperiksaan setengah tahun.

Lawatan Ke Muzium

28 Jamadiakhir 1432H/01hb. Jun 2011M- Rabu, Bahagian Ko Kurikulum Sekolah telah mengadakan Lawatan Ke Muzium bagi murid-murid rendah bawah yang telah selesai menghadapi peperiksaan setengah tahun.

Lawatan Pegawai-Pegawai JPI



20 Jamadilakhir 1432H/24hb. Mei 2011M- Selasa, Pegawai-Pegawai Daripada Jabatan Pengajian Islam telah mengadakan lawatan bagi melihat perjalanan Peperiksaan Setengah Tahun dan Hal Ehwal Pentadbiran Sekolah.

Lawatan PIBG



12 Jamadilakhir 1432H/16hb. Mei 2011M- Isnin, Persatuan Ibu Bapa Guru telah mengadakan Lawatan Ke Penjara Maraburong sebagai aktiviti pertama yang telah dirancang oleh PIBG.

Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Surah Yaasin



03 Jamadilakhir 1432H/07hb. Mei 2011M- Sabtu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Surah Yaasin bagi Murid-Murid Sekolah Ugama Katimahar yang akan menghadapi Peperiksaan Setengah Tahun 2011M. Majlis ini diadakan adalah bertujuan memohon kepada Allah semoga murid-murid dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

Program Kesihatan



30 Jamadilawal 1432H/04hb. Mei 2011- Rabu, telah diadakan Program Kesihatan berjalan kaki bagi murid-murid dan guru-guru dikendalikan oleh Bahagian Program 3K. Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah daripada berbagai penyakit terutama obesiti. Murid-murid dan guru-guru berjalankan kaki mengelilingi bangunan sekolah selama 10 minit.

Mesyuarat Pertama PIBG


25 Jamadilawal 1432H/29hb. April 2011- Jumaat, telah diadakan Meysuarat Pertama PIBG Sekolah Ugama Katimahar. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan PIBG dan merancangan rancangan atau aktiviti yang akan dijalankan oleh Pesatuan Ibu Bapa Guru Sesi 2011M - 2013M.

Monday, March 28, 2011

Majlis Membaca Yaasin


12 Rabiulakhir 1432/17hb. Mac 2011- Khamis, telah diadakan Majlis Membaca Surah Yaasin bagi memohon keberkatan daripada Allah sempena penutupan sekolah bagi penggal pertama.

Majlis Pembubaran Dan Pelantikan Baru PIBG


6 Rabiulakhir 1432/11hb. Mac 2011- Jumaat, telah diadakan Majlis Pembubaran Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2008 - 2010 dan Majlis Perlantikan Baru Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2011 - 2013. Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ahli Perstuan Ibu Bapa dan Guru yang telah dibubarkan di atas kerjasama dan buah fikiran yang diberikan kepada pihak sekolah. Tidak lupa juga diucapkan tahniah kepada Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang baru dilantik, semoga akan dapat berkerjasama dengan pihak sekolah bagi memajukan perkembangan sekolah.

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan

25 Rabiulawal 1432/28hb. Februari 2011-Isnin, (sesi pagi) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 27. Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar. Tema Tahun ini: Negaraku Brunei Darussalam.

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan


21 Rabiulawal 1432/24hb. Februari 2011-Khamis, (sesi petang) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Draussalam Ke 27. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.

Majlis Membaca Ratib Al-Atthas

19 Rabiulawal 1432/22hb. Februari 2011- Selasa, telah diadakan Majlis Membaca Ratib Al-Atthas Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.

Ceramah


18 Rabiulawal 1432/21hb. Februari 2011- Isnin, (sesi petang) telah diadakan Ceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Ugama Katimahar. Pada hari Sabtu 19hb. Februari 2011 telah diadakan Peraduan Mewarna Dan Tulisan Jawi bersempena Sambutan Maulidur Rasul dan hadiah para pemenang disampaikan dalam Majlis ceramah tersebut.

Ceramah


14 Rabiulawal 1432/17hb. Februari- Khamis, (sesi pagi) telah mengadakan Ceramah Sempena Maulidur Rasul. Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.

Majlis Membaca Dikir Syarafil Anam


11 Rabiulawal 1432/14hb. Februari 2011- Isnin, (sesi pagi) telah mengadakan Majlis Membaca Dikir Syarafil Anam sempena Menyambut Maulidur Rasul. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.

Majlis Mengibar Bendera


11 Rabiulawal 1432/14hb. Februari 2011- Isnin, (sesi pagi) telah mengadakan Majlis Mengibarkan Bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan. Majlis berlangsung di kawasan Sekolah Ugama Katimahar.

Monday, February 14, 2011

Peraduan Dikir Syarafil Anam


07 Rabiulawal 1432H/10hb. Februari 2011M-Khamis, telah diadakan Peraduan Dikir Syarafil Anam Peringkat Pemilihan Bagi Kawasan Brunei III (Bahagian Lelaki) di Dewan Sekolah Ugama Katimahar. Peraduan diadakan dua sesi iaitu sesi pagi (11 pasukan) dan sesi petang (9 pasukan). Hadir pada peraduan tersebut Pegawai Pengajian Islam Brunei III Yang Mulia Ustazah Dk Hjh Masrelawati@Khadijah Binti Pg Hj Mohd Said serta para Pegawai Bahagian Ko-Kurikulum Jabatan Pengajian Islam. Peraduan tersebut telah dimenangi oleh Sekolah Ugama Anak-Anak Polis Diraja. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pegawai Pengajian Islam Brunei III kerana sudi hadir serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan kepada para pegawai daripada Bahagian Ko-Kurikulm dan juga para hakim. Tidak lupa juga diucapakan penghargaan terima kasih kepada guru-guru serta kakitangan sekolah yang memberikan kerjasama yang padu bagi menjayakan peraduan tersebut.

Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam

02 Rabiulawal 1432H/05hb. Februari 2011M-Sabtu, bagi memperingati kelahiran junjungan besar kita Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, pihak sekolah melalui bahagian Amali Agama telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam di Dewan Sekolah Ugama Katimahar. Majlis ini diadakan sebagai memperingati kelahiran Baginda dan rasa kasih sayang umat Islam terhadap Baginda serta memperingati pengorbanan Baginda dalam menegakkan Agama Islam. Tema tahun ini: Membina Saksiah Dengan Ajaran Rasulullah.

Program 3k


29 Safar 1432H/03hb. Februari 2011M-Khamis, telah diadakan Program 3k bagi mencantikan suasana sekolah. Beberapa jenis pohon bunga telah ditanam dikawasan sekolah. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada guru-guru serta kakitangan sekolah kerana memberikan kerjasama yang padu terhadap sekolah, terutama dalam menjalankan program 3k.

Majlis Perlantikan Pengawas Murid Dan Mirhadh


26 Safar 1432H / 31hb. Januari 2011M-Isnin, Majlis Perlantikan Pengawas Murid Dan Mirhadh telah diadakan di Dewan Sekolah Ugama Katimahar bagi sesi pagi dan sesi petang. Perlantikan tersebut bertujuan sebagai melatih diri murid menjadi seorang pemimpin,membantu guru-guru dan sebagainya bagi kemajuan dan keharmonian sekolah.

Taklimat Dan Undian


24 Safar 1432H / 29hb. Januari 2011-Sabtu, telah diadakan Majlis Taklimat Dan Undian Bagi Peraduan Dikir Peringkat Pemilihan Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III (Bahagian Lelaki). Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengerusi Peraduan Cikgu Hjh Noraidah Binti Hj Kula, Guru Besar Sekolah Ugama Katimahar. Turut menyampaikan sesi taklimat Ketua Projek Peraduan Jabatan Pengajian Islam iaitu Hj Junidi Bin Hj Baha. Selepas sesi taklimat diteruskan dengan sesi undian. Seramai 20 buah Sekolah-Sekolah Ugama di Kawasan Brunei III yang mengikuti peraduan tersebut dan 4 buah sekolah menarik diri atas sebab-sebab yang tertentu.

Tuesday, January 11, 2011

Majlis Mengenang Jasa


30 Muharram 1432/05hb. Januari 2011-Rabu, telah diadakan Majlis Mengenang Jasa Bagi Guru-Guru yang melanjutkan pembelajaran dan berpindah tempat bertugas. Guru yang diraikan ialah Cikgu Hj Mohammad Jaya Bin Hj Metussin(Melanjutkan Pembelajaran), Cikgu Hjh Jumeerul Adera Binti Hj Jumat(Melanjutkan Pembelajaran), Cikgu Dk Sharahaifah Binti Pg Hj Ismail(Berpindah), Cikgu Aminah Binti Abdullah(Berpindah) dan Cikgu Hjh Afsah Binti Hj Ahmad(Berpindah). Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Ucapan Guru Besar, Ucapan daripada Guru yang diraikan, Penyampaian hadiah penghargaan dan diakhiri dengan bacaan doa selamat. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada guru-guru yang diraikan di atas jasa dan kerjasama yang diberikan selama bertugas di sekolah ini. Semoga guru-guru yang diraikan akan mendapat kejayaan dalam bidangan yang diceburi dan mendapat keberkatan serta perlindungan daripada Allah.

Penerimaan Kemasukan Murid-Murid Baru Darjah Pra


29 Muharram 1432/04hb. Januari 2011-Selasa, telah diadakan Penerimaan Kemasukan Murid-Murid Baru Darjah Pra dan diteruskan dengan sesi taklimat bersama ibubapa/penjaga murid. Tujuan taklimat tersebut diadakan adalah bagi memberi maklumat tentang disiplin sekolah dan pembelajaran yang ditempuhi oleh anak-anak mereka. Selepas sesi taklimat para ibubapa/penjaga murid membawa anak-anak mereka ke bilik darjah bagi sesi suai kenal bersama guru-guru darjah pra.

Penggal Pertama Persekolahan 2011


28 Muharram 1432/03hb. Januari 2011-Isnin, Penggal Pertama Persekolahan 2011 telah bermula dengan wajah baru dan azam baru. Hari pertama pertama persekolahan telah dimulakan dengan Majlis Membaca Surah Yaasin Dan Bertahlil bagi memohon perlindungan dan keberkatan daripada Allah. Semoga tahun 1432H/2011M ini akan mendatangkan kejayaan yang lebih cemerlang dan berhijrah kepada keimanan yang lebih mantap.