Pages

Monday, July 19, 2010

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan


05 Syaaban 1431/17hb. Julai 2010-Sabtu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid bagi peperiksaan setengah tahun 2010M. Ibubapa/penjaga murid juga berpeluang bertanyakan mengenai dengan hal ehwal pembelajaran anak mereka bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu pembelajaran anak mereka. Pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan penghargaan terima kasih di atas kerjasama dan perhatian yang diberikan.

Thursday, July 15, 2010

Majlis Meraikan Dan Mengenang Jasa Guru Praktik KUPUSB


02 Syaaban 1431/14hb. Julai 2010-Rabu, telah diadakan Majlis Meraikan Dan Mengenang Jasa Guru Praktik KUPUSB. Seramai 5 orang guru iaitu 4 orang mengajar sesi petang yang terdiri daripada 1. Cikgu Hjh Rohani Bin Hj Abd. Rani, 2. Cikgu Hjh Siti Norhaliza Binti Hj Dulamit, 3. Cikgu Nurani Binti Hj Harith, 4. Cikgu Zatul Khatizah Binti Hj Zaini dan seorang guru mengajar sesi pagi iaitu Cikgu Zulzawawi Bin Marzlan. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan semoga mendapat kejayaan dan menjadi guru yang cemerlang.

Majlis Membaca Yaasin Dan Doa Kesyukuran

02 Syaaban 1431/14hb. Julai 2010-Rabu,telah diadakan Majlis Membaca Yaasin Dan Doa Kesyukuran Bagi Sempena Menyambut hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 64 Tahun. Semoga Baginda Sultan dilanjutkan usia dan kekal karar memerintah negara.

Sunday, July 11, 2010

Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah 6


25 Rejab 1431/08hb. Julai 2010-Khamis, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah 6 bagi Tahun 1431H/2010M. Tetamu kehormat dalam majlis tersebut Yang Mulia Ustazah Hjh Rusita Binti Hj Yahya, Ketua Bahagian Institusi Pengajian, Jabatan Pengajian Islam. Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.


Seramai 34 orang murid telah menyertai majlis tersebut. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, Bacaan Ayat-Ayat Lazim daripada peserta Khatam, Bacaan Takhtim, Bacaan doa Khatam, Dikir Marhaban, acara penyampaian sijil khatam dan menabur bunga rampai, penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat, bacaan doa selamat oleh Cikgu Saiful Rizal Bin Hj Md Jinin dan majlis diakhiri dengan menikmati jamuan.


Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tetamu kehormat majlis, para jemputan, para ibubapa/penjaga murid, Ahli Persatuan Ibubapa dan Guru, Brunei Press, para dermawan, guru-guru dan kakitangan Sekolah Ugama Katimahar dan semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah 6 Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III bagi tahun 1431H/2010M.

Lawatan Ke Pusat Promosi Kesihatan

20 Rejab 1431/03hb. Julai 2010-Sabtu, pihak sekolah sesi pagi telah mengadakan Lawatan Ke Pusat Promosi Kesihatan. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan bagi memberikan pengetahuan mengenai dengan pentingnya penjagaan kesihatan. Dalam lawatan tersebut para murid berpeluang bertanyakan mengenai dengan permakanan sihat dan cara mencegah obesiti.

Lawatan Ke Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

18 Rejab 1431/01hb. Julai 2010-Khamis, guru-guru dan para murid sesi pagi telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Tujuan lawatan diadakan adalah bagi melihat dengan lebih dekat mengenai dengan penerbangan peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Lawatan Ke Biro Kawalan Narkotik

17 Rejab 1431/30hb. Jun 2010-Rabu, para guru dan murid sesi pagi telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Biro Kawalan Narkotik. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan bagi mendapatkan penerangan dan pengetahuan yang berguna tentang hukuman, jenis-jenis dadah dan kesan yang dialami oleh para penagih. Hasil daripada lawatan itu juga dapat memberikan peringatan kepada para guru dan murid untuk berhati-hati supaya tidak terjebak. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Biro Kawalan Narkotik.

Peraduan Tulisan Jawi

13 Rejab 1431/26hb. Jun 2010-Sabtu, telah diadakan Peringkat Pemilihan Senegara Peraduan Tulisan Jawi. Setiap peringkat darjah seorang wakil yang terpilih bagi peringkat seterusnya. Tujuan peraduan ini diadakan adalah bagi memartabatkan tulisan jawi dan mencungkil bakat para murid yang berkebolehan menulis dengan baik serta cantik.

Majlis Membaca Surah Yaasin Dan Bertahlil

08 Rejab 1431/21hb. Jun 2010-Isnin, sempena pembukaan penggal ketiga persekolahan, telah diadakan Majlis Membaca Surah Yaasin bagi memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah. Majlis diteruskan dengan Majlis Bertahlil bagi Allahyarham Siadam Bin Buang iaitu bapa kepada murid yang belajar di Sekolah Ugama Katimahar. Didoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solehin.