Pages

Sunday, July 11, 2010

Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah 6


25 Rejab 1431/08hb. Julai 2010-Khamis, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah 6 bagi Tahun 1431H/2010M. Tetamu kehormat dalam majlis tersebut Yang Mulia Ustazah Hjh Rusita Binti Hj Yahya, Ketua Bahagian Institusi Pengajian, Jabatan Pengajian Islam. Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.


Seramai 34 orang murid telah menyertai majlis tersebut. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, Bacaan Ayat-Ayat Lazim daripada peserta Khatam, Bacaan Takhtim, Bacaan doa Khatam, Dikir Marhaban, acara penyampaian sijil khatam dan menabur bunga rampai, penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat, bacaan doa selamat oleh Cikgu Saiful Rizal Bin Hj Md Jinin dan majlis diakhiri dengan menikmati jamuan.


Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tetamu kehormat majlis, para jemputan, para ibubapa/penjaga murid, Ahli Persatuan Ibubapa dan Guru, Brunei Press, para dermawan, guru-guru dan kakitangan Sekolah Ugama Katimahar dan semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah 6 Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III bagi tahun 1431H/2010M.

No comments: