Pages

Tuesday, August 5, 2008

MAJLIS KHATAM AL QURAN

31HB JULAI 2008 ( KHAMIS ) - Seramai 34 murid darjah VI tahun ini telah diraikan di dalam Majlis Khatam Al Quran. Hadir selaku tetamu kehormat di dalam majlis ini ialah ketua Kampong Kulapis YM Hj Timor bin Limbang. Turut hadir ialah Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III YM Ustazah Dk Hjh Mas Relawati binti Pg Md Said dan pembantu di samping jemputan-jemputan khas serta guru-guru besar sekolah ugama kawasan Brunei III.

Pihak sekolah ingin mengucapkan penghargaan terima ksaih kepada tetamu kehormat serta semua yang hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis tersebut dan penghargaan juga kepada sesiapa sahaja yang menyumbangkan wang ringgit mahupun tenaga dan buah fikiran dalam memastikan acara ini berjalan dengan lancar, sekali lagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan sama-sama berdoa kehadrat Allah Subahanahu Wata'ala semoga kita bersama terus mendapat keberkatan dan nikmat dari-Nya jua Amin.....

PERADUAN MEMBACA JAWI



16HB JULAI 2008 ( RABU ) - Bahagian Akademik Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III telah memilih Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III untuk mengdakan Peraduan Membaca Jawi Peringkar pemilihan bagi kali ke dua tahun 2008. Peraduan ini memang dibukakan kepada murid darjah I di sekolah ugama kawasan Brunei III.

Seramai lebih kurang 42 peserta telah mengambil bahagian dalam peraduan ini dan insyallah peringkat seterusnya akan di adakan sedikit masa lagi.

PERPISAHAN CIKGU NORLIANA ABDULLAH

12HB JULAI 2008 ( SABTU ) - Hari ini adalah merupakan hari terakhir Cikgu Norliana binti Abdullah bertugas di Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III. Beliau telah menerima arahan untuk berpindah tempat mengajar ke Daerah Belait.
Sekalong penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Noorliana binti Abdullah di atas jasa dan segala sumbangannya selama ia berada di Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III. Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Allah Subahanahu Wata'ala kerana pihak sekola telah berjaya mengadakan majlis bagi mengenang jasa beliau. Acara tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah kemudian Ucapan daripada Guru Besar Sekolah Cikgu Malati binti Hj Timbul manakala selepas daripada itu dipersilakan pula Cikgu Norliana binti Abdullah memberikan ucapan dan ucapan dari wakil murid Abu Zar bin Hj Mohd Ahmad.

Mengenang jasa beliau, guru besar bagi wakil pihak sekolah menyempurnakan penyampaian cendera hati kenangan kepada Cikgu Norliana binti Abdullah dan anak beliau.