Pages

Tuesday, August 5, 2008

MAJLIS KHATAM AL QURAN

31HB JULAI 2008 ( KHAMIS ) - Seramai 34 murid darjah VI tahun ini telah diraikan di dalam Majlis Khatam Al Quran. Hadir selaku tetamu kehormat di dalam majlis ini ialah ketua Kampong Kulapis YM Hj Timor bin Limbang. Turut hadir ialah Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III YM Ustazah Dk Hjh Mas Relawati binti Pg Md Said dan pembantu di samping jemputan-jemputan khas serta guru-guru besar sekolah ugama kawasan Brunei III.

Pihak sekolah ingin mengucapkan penghargaan terima ksaih kepada tetamu kehormat serta semua yang hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis tersebut dan penghargaan juga kepada sesiapa sahaja yang menyumbangkan wang ringgit mahupun tenaga dan buah fikiran dalam memastikan acara ini berjalan dengan lancar, sekali lagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan sama-sama berdoa kehadrat Allah Subahanahu Wata'ala semoga kita bersama terus mendapat keberkatan dan nikmat dari-Nya jua Amin.....

No comments: