Pages

Sunday, November 23, 2008

MAJLIS KHATAM AL QURAN RAMADHAN 1429H




16HB SEPTEMBER 2008 ( SELASA ) - Sekolah Ugama katimahar telah mengadakan majlis khatam Al Quran sempena memperingati Bulan Ramadhan yang mulia. Sebelum majlis khatam ini diadakan guru dan murid telah bahagikan ayat / juz yang perlu dibaca oleh Guru Kanan Al Quran Cikgu Hjh Rahimah.
Majlis pembukaan bertadarus bulan Ramadhan telah diadakan di Masjid Paduka Sultan Hj Omar Ali Saifuddin Kampong Katimahar pada 10hb Seotember, 2008 ( Rabu ).
Bacaan surah-surah lazim / takhtim / tahlil telah dibacakan secara beramai-ramai sementara doa khatam telah disempurnakan oleh Cikgu Hj Mohd Aslenan bin Hj Metussin dan doa tahlil oleh Cikgu Abd Razak bin Hj Mohd Daud. Majlis diakhiri dengan penyampaian darma kepada anak-anak yatim sekolah seramai 12 orang.

PERKEMBANGAN STAFF- JKPSSU BRUNEI III




09HB - 10HB SEPTEMBER 2008 ( RABU & KHAMIS ) - Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III melalui Bahagian Perkembangan Staff telah melaksanakan aktiviti Penggunaan Microsoft Excel khusus dalam membuat markah peperiksaan murid. Bagi menjayakan program ini pihak penganjur telah mengundang Cikgu Hj Mohd Jaya bin Hj Metussin, Guru Ugama Terlatih Sekolah Ugama Katimahar untuk menjadi fasilitator bengkel berkenaan.
Antara objektif bengkel ini diadakan ialah memberikan pendedahan kepada guru-guru khususnya guru ugama agar berkembang maju dan terus bersaing di dunia global yang sentiasa akan mengukur terhadap kemajuan sains dan teknologi.

PEPERIKSAAN PENILAIAN SSSRU DARJAH VI-2008


04HB SEPTEMBER, 2008 ( KHAMIS) - Seramai 39 murid darjah VI Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III telah menduduki peperiksaan penilaian sebelum menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama darjah VI ( SSSRU ). SEMOGA BERJAYA!!!

Friday, November 7, 2008

KEMPEN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN





01HB SEPTEMBER 2008 ( ISNIN ) - Anak bulan Ramadhan tidak kelihatan maka pihak sekolah telah membuat rancangan mengadakan kempen kebersihan ke tanah perkuburan Kampong Katimahar. Semua murid lelaki telah dibawa ke tanah perkuburan yang telah di tetapkan.

Thursday, November 6, 2008

MENERIMA MUSHAF BRUNEI BAGI MURID SEKOLAH UGAMA

30HB OGOS 2008 ( SABTU ) - Sebanyak 340 buah mushaf Brunei Drussalam telah diedarkan ke sekolah-sekolah ugama. Pada hari tersebut telah dijadualkan bagi Sekolah Ugama Katimahar menerima Mushaf berkenaan

MAJLIS PERPISAHAN DAN MENGENANG JASA GURU BERPINDAH


30HB OGOS 2008 ( SABTU )- Majlis Perpisahan dan mengenang jasa guru yang berpindah dan melanjutkan pelajaran. Cikgu mazli bin Hj Moksin berpindah ke Pusat Bahagia Kampong Pulaie. Semantara Cikgu Susiyati binti Hj Awg Besar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University Brunei Darussalam.

Acara dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada guru besar sekolah Cikgu Malati binti Hj Timbul dan diikuti oleh ucapan dan nasihat daripada Cikgu Mazli bin Hj Moksin.





PEPERIKSAAN LISAN SSSRU 2008






16HB OGOS 2008 ( SABTU ) - Peperiksaan Lisan bagi murid yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Darjah VI (PSSSRU) telah bermula dan berakhir pada 19hb Ogos 2008 ( Selasa ).

Seramai 39 calon yang telah menduduki peperiksaan lisan dan akan menduduki peperiksaan bertulis pada bulan November 2008 yang akan datang.

MOTIVASI CALON KE SEKOLAH ARAB

12HB OGOS 2008 ( SELASA ) - Setelah mengikuti klas tambahan yang telah dikendalikan oleh guru-guru yang telah dipilih calon diberikan lagi motivasi oleh guru Kaunseling Sekolah Ugama Katimahar Kawasan Brunei III Cikgu Emran bin Hj Abd Rani.

Seramai 11 orang calon yang akan menduduki peperiksaan calon ke sekolah arab bagi tahun 2008.

TAHLIL DAN DOA ARWAH


04HB & 05HB OGOS 2008 ( ISNIN DAN SELASA ) - Seperti yang telah di tetapkan menerusi perjumpan yang telah diadakan pada 28hb Julai 2008 maka PERADUAN TAHLIL DAN DOA ARWAH PERINGKAT PEMILIHAN KAWASAN BRUNEI III BAHAGIAN LELAKI telah diadakan di Dewan Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III.

Sebanyak 11 pasukan yang bertanding manakala Johan meneruskan pertandingan ke peringkat akhir bagi mewakili kawasan Brunei III.

Pasukan wakil dari Sekolah Ugama Rimba I telah menjuari pertandingan ini manakala wakil Sekolah Ugama Katimahar tempat ke dua sementara pasukan daripada Sekolah Ugama Anak-Anak Polis Di Raja Brunei.

PERADUAN TAHLIL KAWASAN BRUNEI III

28HB JULAI, 2008 (ISNIN)- Perjumpaan dan taklimat mengenai Peraduan Tahlil dan Doa Arwah bagi kawasan Brunei III bahagian lelaki bagi tahun 2008. Pada tahun ini Sekolah Ugama Katimahar telah diamanakhkan untuk mengandalikan peraduan tersebut. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah mengadakan sessi perjumpaan, taklimat dan cabutan undian giliran bagi acara tersebut. Semua yang hadir telah bersetuju akan mengadakan peraduan berkenaan selama 2 hari iaitu 4hb Ogos dan 5hb Ogos 2008 Di Dewan Sekolah Ugama Katimahar Kawasan Brunei III