Pages

Sunday, March 28, 2010

Dunia Bergelap Seketika


11 Rabiulakhir 1431/27hb. Mac 2010-Sabtu, dunia telah bergelap seketika bagi menyertai Earth Hour yang bertujuan menangani perubahan cuaca dan sebagai bukti menangani kesan penggunaan eletrik dan pencemaran karbon terhadap pemanasan global. Di samping itu ianya dapat juga mengajar setiap manusia di dunia ini khususnya umat Islam untuk berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran kerana pembaziran adalah salah satu sifat syaitan yang dibenci oleh Allah.

Thursday, March 18, 2010

Majlis Membaca Ratibul Atthas Dan Sukan


2 Rabiulakhir 1431/18hb. Mac 2010-Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Membaca Ratibul Atthas Dan Sukan sebagai aktiviti selepas ujian bulanan pertama dan penutup sesi pembelajaran penggal pertama. Membaca Ratibul Atthas adalah sebagai permohonan kepada Allah semoga Negara Brunei Darussalam dan Sekolah Ugama Katimahar akan sentiasa dibawah perlindungan Allah dengan berkat membacanya.

Aktiviti diteruskan lagi dengan acara sukan iaitu bermain bola sepak. Acara ini diadakan adalah sebagai membangkitkan semangat untuk bersukan di kalangan murid-murid dan dengan bersukan tubuh akan menjadi lebih sehat.

Pihak sekolah tidak lupa ingin mengucapkan selamat bercuti kepada murid-murid Sekolah Ugama Katimahar sesi pagi/petang dan pihak sekolah berharap supaya murid-murid akan mengisi masa cuti dengan perkara yang berfaedah.

Wednesday, March 17, 2010

Hari Menghijau



1 Rabiulakhir 1431/17hb. Mac 2010-Rabu, pihak sekolah bersama dengan Badan Rekreasi telah mengadakan Hari Menghijau di kawasan Sekolah. Pihak sekolah telah menjemput kakitangan Jabatan Alam Sekitar, Taman Dan Rekreasi bagi tunjuk cara penanaman yang betul dan bahagian Pemantauan Program 3K juga turun padang bagi memberikan sokongan terhadap projek tersebut. Pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Alam Sekitar, Taman Dan Rekreasi kerana telah menyumbangkan bunga dan anak-anak bunga dan berkesudian menghantar kakitangan ke sekolah untuk tunjuk cara penanaman dan juga kepada Bahagian Pemantauan Program 3K kerana sudi memberikan sokongan. Hari Menghijau ini diadakan pada sesi pagi dan diteruskan ke sesi petang.

Majlis 2 dalam 1


30 Rabiulawal 4131/16hb. Mac 2010-Selasa,pihak sekolah telah mengadakan Majlis 2 dalam 1 iaitu Majlis Sambutan Maulidur Rasul Dan Majlis Mengenang Jasa. Majlis Sambutan Maulidur Rasul diisikan dengan ceramah khas yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Isham Bin Ismail iaitu penceramah daripada Pusat Dakwah. Beliau telah menyampaikan tentang akhlak Rasulullah,perjuangan Rasulullah dan amanah/wasiat yang ditinggalkanNya. Selepas ceramah diikuti dengan Dikir Marhaban.


Majlis Mengenang Jasa diadakan bagi mengenang jasa guru yang berpindah iaitu mantan guru besar iaitu Yang Mulia Cikgu Malati Binti Hj Timbul. Beliau telah bertugas sebagai guru besar disekolah ini pada tahun 2008 hingga awal tahun 2010. Semoga beliau akan dapat meneruskan perjuangan sebagai pendidik dengan jayanya. Didalam kedua-dua majlis tersebut diselitkan dengan persembahan nasyid daripada murid-murid darjah I dan persembahan slide kenangan guru yang diraikan.

Tuesday, March 16, 2010

SMS@SUKAM





Sehari Membakar Semangat (SMS) telah diadakan pada hari Khamis 26 Rabiulawal 1431 / 11 Mac 2010 sessi pagi. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk membakar semangat dan menjana minda mereka agar terus bersemangat untuk mengikuti sessi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ugama.

Program ini dikaitkan dengan semangat perrjuangan para sahabat pada satu ketika dahulu dan memberi kan gambaran kepada mereka betapa pejuang-pejuang islam dahulu begitu kental dan kuat cukup dengan persiapan mental dan fizikal yang jitu.

Semoga aktiviti ini dapat memberikan kesan kepada murid-murid.

Monday, March 15, 2010

HARI AMALI






10 Mac, 2010 / 24 Rabiulawal, 1431 (Rabu)
- Sekolah Ugama Katimahar sessi pagi telah mengadakan aktiviti menghalusi perbuatan / bacaan dalam sembahyang bermula dari niat sembahyang 5 waktu, bacaan takbiratul ihram, surah Al Fatihah dan sebagainya sehingga memberi salam.

Di dalam kesempatan itu guru sekolah telah membuat sedikit penilaian mengenai sembahyang lima waktu yang dilakukan oleh murid. Pihak sekolah merasa terkilan apabila melihat cuma 10% daripada murid yang hadir pada hari tersebut dapat melaksanakan sembahyang dengan baik dari segi bacaan dan perbuatan dan selebihnya kurang berkeyakinan untuk melaksanakan sembahyang.

Sebagai langkah awal semua guru-guru terlibat dalam membetulkan perbuatan sembahyang dan juga bacaan murid dalam sembahyang pada hari tersebut disamping dibantu oleh murid-murid yang berkeyakinan boleh mengajarkan kepada rakan-rakan.


Di akhir sessi salah seorang tenaga pengajar teleh memberikan sedikit kata-kata rangsangan agar murid-murid dapat melaksanakan ibadah sembahyang dengan sempurna. Guru berkenaan telah menayangkan video anak remaja yang meninggal dunia baru 3 jam, apabila di gali semula
mayat berkenaan sudah bertukar kepada sesuatu yang menakutkan. (seperti yang telah dibawakan oleh YB Pehin Mufti Kerajaan NBD)


Semoga kegiatan sebegini akan mendapat manfaat dan memberikan kesan yang mendalam kepada murd-murid.

Friday, March 12, 2010

Taklimat Bersama Ibubapa/Penjaga Murid Darjah VI tahun 1431/2010


26 Rabiulawal 1431/12hb. Mac 2010-Jumaat, pihak sekolah telah mengadakan Taklimat Bersama Ibubapa/Penjaga Murid Darjah VI di Dewan Sekolah Ugama Katimahar. Agenda yang dibentangkan ialah mengenai dengan Peperiksaan SSSRU 2010, Majlis Khatam dan Perkhemahan Motivasi. Tujuan taklimat tersebut diadakan adalah untuk memberikan makluman serta kefahaman tentang peperiksaan SSSRU,memberikan makluman awal tentang persiapan majlis khatam dan Program Perkhemahan Motivasi. Di akhir taklimat dibukakan sesi soal jawab mengenai dengan agenda taklimat dan permasalahan yang dihadapi terhadap murid-murid darjah VI tahun ini. Atas kerjasama yang diberikan pihak sekolah tidak lupa ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada ibubapa/penjaga murid kerana telah menghadirkan diri dalam taklimat tersebut dan semoga dengan adanya perjumpaan tersebut akan merapatkan lagi hubungan di antara pihak sekolah dan ibubapa/penjaga murid demi mencapai kejayaan yang cemerlang bagi murid-murid darjah VI tahun ini.