Pages

Sunday, November 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha1430H

11 Zulhijjah 1430/28hb. November 2009- Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam dan warga Sekolah Ugama Katimahar khususnya.

Majlis Penutup Sekolah Tahun 2009

09 Zulhijjah 1430/26hb. November 2009- Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penutup Sekolah Bagi Tahun 2009 dengan membaca surah Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat. Semoga pengajaran bagi guru-guru dan pembelajaran bagi murid-murid mendapat keberkatan daripada Allah. Pihak Sekolah Ugama Katimahar ingin mengucapkan Selamat Bercuti dan Insya Allah Akan bertemu pada pembukaan sekolah 2010M kepada guru-guru dan Murid-Murid Sekolah Ugama Katimahar. Kepada guru-guru diucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan selama ini dan kepada murid-murid diucapkan tahniah diatas kejayaan yang dicapai serta sepanjang cuti ini diharapkan akan membuat perkara yang bermanfaat dan melakukan ibadat wajib terhadap Allah.

Monday, November 23, 2009

Lawatan Ke Expo 2009 Agriculture & Agrifood Brunei Darussalam






06 Zulhijjah 1430/23hb. November 2009- Isnin, Pihak sekolah telah mengadakan Lawatan Ke Expo 2009 Agriculture & Agrifood Brunei Darussalam di Tungku Gadong. Lawatan ini memberikan pengetahuan terhadap murid-murid tentang usaha pihak kerajaan untuk menampung keperluan asasi rakyat Brunei dan pentingnya memanfaatkan hasil bumi yang diberikan Oleh Allah.

Lawatan Ke Pusat Dakwah





04 Zulhijjah 1430/21hb. November 2009- Sabtu, Pihak sekolah telah mengadakan Lawatan Ke Pusat Dakwah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah memberi peluang kepada murid-murid untuk bertanya serta mengetahui mengenai perjalanan dakwah di Brunei, berpeluang beramah mesra bersama warga Pusat Dakwah dan sebagainya.

Friday, November 20, 2009

Lawatan Ke Penjara Maraburung


02 Zulhijjah 1430/19hb. November 2009- Khamis, Pihak sekolah telah mengadakan Lawatan Ke Penjara Maraburung. Lawatan ini adalah sebagai aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun dan anjuran Badan Sukan Dan Kegiatan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid tentang hukuman yang akan diterima apabila membuat kesalahan, mengetahui bentuk-bentuk kesalahan dan sebagainya.

Tuesday, November 17, 2009

Peperiksaan SSSRU tahun 1430/2009

18hb. November 2009 hingga 26hb. November 2009- Bermulanya peperiksaan bertulis SSSRU tahun 1430/2009. Pihak sekolah sentiasa mendoakan semoga semua murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Katimahar akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan dapat menghadapinya dengan tenang serta sentiasa di dalam perlindungan dan keberkatan Allah. Usaha yang gigih dan di iringi dengan doa yang ikhlas kepada Allah akan mendapat hasil yang cemerlang.

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan 2009


29 Zulkaedah 1430/17 November 2009- Selasa, Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan bersama-sama ibubapa/penjaga murid. Majlis tersebut berlangsung di bilik gerakan guru. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan ibubapa/penjaga murid dengan guru-guru dan dapat berkongsi perihal murid-murid serta kemajuan dalam pembelajaran di sepanjang tahun ini. Pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan ucapan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya dan harapan pihak sekolah supaya murid-murid yang telah berjaya akan terus mengekalkan prestasi yang cemerlang dan berusaha lebih gigih terutama pada mata pelajaran yang lemah. Kepada ibubapa/penjaga murid pihak sekolah sangatlah berharap supaya akan sama-sama memantau pembelajaran anak-anak abiskita demi masa depannya terutama dalam peribadatan yang disuruh dan diwajibkan oleh Allah.

Friday, November 13, 2009

Majlis Solat Sunat Hajat,Membaca Yaasin Bagi Murid-Murid Darjah VI Yang Akan Menghadapi Peperiksaan SSSRU 2009






24 Zulkaedah 1430/12hb. November 2009-Khamis, Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat, Membaca Yaasin bagi murid-murid darjah VI yang akan menghadapi peperiksaan SSSRU 2009 yang akan bermula pada 18hb. November hingga 26hb. November 2009. Majlis berlangsung di Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien Kg. Katimahar. Majlis dimulakan dengan solat berjemaah Fardhu Maghrib dan kemudian di ikuti dengan solat sunat hajat dan seterusnya membaca surah Yaasin. Majlis berakhir dengan solat berjemaah Fardhu Isya dan kemudian menikmati jamuan. Majlis tersebut dihadiri oleh murid-murid darjah VI dan para ibubapa murid. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memohon kepada Allah semoga semua murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Katimahar akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan mendapat keberkatan daripada Allah. Pihak Sekolah juga tidak lupa ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Imam dan para ibubapa murid kerana menghadirkan diri ke majlis tersebut dan sama-sama menjayakannya.

Monday, November 9, 2009

Lawatan Ke Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

19 Zulkaedah 1430/07hb. November 2009-Sabtu, Pihak sekolah telah mengadakan aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun iaitu membuat Lawatan Ke Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Rombongan lawatan seramai 50 orang. Pihak sekolah serta murid-murid merasa gembira dan bertuah kerana dapat membuat dan ikut serta dalam lawatan tersebut. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah sebagai hadiah kepada murid-murid yang sentiasa berusaha mendapatkan keputusan yang cemerlang dan menambahkan lagi pengalaman murid-murid dalam kemesyarakatan serta membuka minda murid akan kepentingan mempunyai ilmu pengetahuan yang berguna pada masa hadapan.

Tuesday, November 3, 2009

Majlis Doa Selamat Bakal Haji 1430H/2009M





15 Zulkaedah 1430/03hb. November 2009-Selasa, Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Majlis Doa Selamat Bakal Haji bagi Cikgu Hjh. Afsah Binti Hj Ahmad. Majlis berlangsung di dewan Sekolah Ugama Katimahar. Majlis bermula dengan solat Zohor berjemaah dan kemudian diteruskan dengan majlis membaca doa selamat. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan guru besar dan penyampaian sedekah daripada pihak sekolah. Semoga apa yang dihajatkan dimakbul oleh Allah dan bakal haji yang diraikan akan mendapat haji yang Mabrur dan Selamat belayar dan kembali ke tanah air..Aaamiin Ya Rabbal'aalamiin..

Friday, October 23, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

Peperiksaan Akhir Tahun (Dh I,II&III): Lisan-10hb. Oktober - 22hb.Oktober 2009
Bertulis- 27hb.Oktober - 29hb.Oktober 2009

Peperiksaan Akhir Tahun (Dh IV & V) : Lisan- 10hb.Oktober - 22hb.Oktober 2009
Bertulis- 31hb.Oktober - 04hb.November 2009

Peperiksaan Akhir Tahun (Dh Pra): Bertulis- 22hb.Oktober - 26hb.Oktober 2009

* Pihak sekolah berharap murid-murid Sekolah Ugama Katimahar akan dapat berusaha mengulangkaji pelajaran dengan di iringi Solat dan doa kepada Allah Semoga Mendapat Kejayaan Dan Keberkatan Daripada Allah. Pihak sekolah juga berharap kerjasama ibubapa/penjaga murid bagi sama-sama memantau pembelajaran anak-anak abiskita untuk mencapai keputusan yang diharapkan. Semoga Semua Murid-Murid Sekolah Ugama Katimahar Akan Mendapat Keputusan Cemerlang Dan Naik Ke Peringkat Seterusnya, Aaamiin.

Saturday, October 10, 2009

Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Yaasin Bagi Murid-Murid Yang Akan Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2009








21 Syawal 1430/10 Oktober 2009-Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Yaasin Bagi Murid-Murid Yang Akan Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2009M. Di samping murid-murid berusaha dengan membaca buku perlu juga di iringi dengan doa memohon kepada Allah semoga apa yang dibaca akan mendapat keberkatan, dipermudahkan dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang dihadapi. Pihak sekolah berharap murid-murid Sekolah Ugama Katimahar akan dapat berusaha dengan gigih untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Wednesday, October 7, 2009

Majlis Khatam Al-Quran Murid-Murid Darjah VI 2009M










17 Syawal 1430H/06 Oktober 2009M-Majlis Khatam Al-Quran Bagi Murid-Murid Darjah VI Sekolah Ugama Katimahar Bagi Tahun 1430H/2009M. Seramai 47 orang peserta khatam pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis itu Yang Mulia Ustazah Hjh Fatimah Binti Hj Abdul Ghani, Penolong Pengarah Pengajian Islam. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Friday, October 2, 2009

Majlis Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya Aidilftri




























11 Syawal 1430H/30hb September2009M-Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Sekolah Ugama Katimahar Dan Perkarangan Sekolah. Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah, Ucapan Daripada Guru Besar ( Cikgu Malati Binti Hj Timbul ), Ucapan Daripada Ketua Murid Sempena Hari Guru ( Mohd.Rusydi Bin Hj Morsidi), Bacaan Doa Khas Hari Guru ( Dibacakan oleh murid:Ak.Abdul Qawi Bin Pg Hj Zainal Ariffin), Mendendangkan Lagu Hari Guru, Mendendangkan Lagu Hari Raya, Penyampaian hadiah pakaian kemas dan cantik bagi murid-murid, bacaan doa selamat, bersalam-salaman dan majlis diakhiri dengan menikmati jamuan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa Guru ( Yang Mulia: Hj Mohd Ahmad Bin Hj Bohari ) dan Ahli-ahlinya. Dengan adanya majlis ini dapat lagi mengeratkan hubungan diantara Ahli persatuan Ibubapa Guru dan Guru-Guru sekolah dan diantara Guru dan Murid.

Majlis Membaca Yaasin







9 Syawal 1430H/28hb September 2009M-Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Membaca Yaasin bagi mendapatkan keberkatan daripada Allah bagi bermulanya penggal persekolahan ke empat. Aktiviti ini adalah aktiviti berterusan setiap pembukaan dan penutup penggal persekolahan.

SELAMAT HARI GURU DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pihak Sekolah tidak lupa ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru Sekolah Ugama Katimahar khasnya dan kepada semua guru di negara ini amnya. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua guru-guru dan murid-murid Sekolah Ugama Katimahar..

Saturday, September 12, 2009

Majlis Khatam Al-Quran Dan Penyerahan Derma Kepada Anak-Anak Yatim















12.09.2009/22 Ramadhan 1430-Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Dan Penyerahan Derma Kepada Anak-Anak Yatim. Majlis ini adalah aktiviti tahunan sekolah dalam bulan Ramadhan. Semoga majlis tersebut mendapat keberkatan daripada Allah, lebih-lebih lagi berada di dalam bulan Ramadhan. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.

Wednesday, September 9, 2009

Majlis Bertadarus Di Masjid Seri Paduka Sultan Omar Ali Saifuddien Kg. Katimahar.
















09.09.2009/19 Ramadhan 1430-Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Majlis Bertadarus Di Masjid Seri Paduka Sultan Omar Ali Saifuddien Kg. Katimahar sempena Bulan Ramadhan. Acara dimulakan dengan solat Zohor berjemaah, Solat Sunat Hajat dan diteruskan dengan bertadarus.

Mendapat Tempat Ketiga Dalam Peraduan Akhir Tahlil Senegara Ke 17




09.09.2009/19 Ramadhan 1430-Pasukan Lelaki Sekolah Ugama Katimahar yang mewakili Kawasan Brunei III ke peringkat akhir peraduan tahlil senegara telah mendapat tempat ketiga. Pihak Sekolah sekali lagi tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta lelaki yang terlibat iaitu: Mohd Rusydi, Ak.Abd. Qawi, Kahirul Hisyam, Sulaiman dan Amirul Husna kerana mendapat tempat ketiga dan dapat mengharumkan nama sekolah khususnya dan kawasan Brunei III amnya. Semoga sumbangan yang diberikan akan mendapat keberkatan daripada Allah, lebih-lebih lagi berada di bulan Ramadhan. Peraduan diadakan di Sekolah Ugama Beribi.

Johan Peraduan Tahlil Peringkat Pemilihan Brunei III ( Lelaki )















5.09.2009/15 Ramadhan 1430-Pasukan Lelaki Dari Sekolah Ugama Katimahar telah menjadi Johan dalam Peraduan Tahlil Peringkat Pemilihan Sekolah-Sekolah Ugama Brunei III dan akan meneruskan pertandingan di Peringkat Akhir Peraduan Tahlil Senegara. Pihak Sekolah tidak lupa ingin mengucapkan Tahniah kerana dapat mengharumkan nama sekolah kepada murid-murid yang terlibat iaitu: Mohd. Rusydi, Ak.Abd. Qawi, Khairul Hisyam, Sulaiman dan Amirul Husna, Walaupun persiapan dibuat disaat-saat akhir. Semoga apa yang disumbangkan akan mendapat keberkatan daripada Allah. Peraduan diadakan di Sekolah Ugama Beribi Telanai.