Pages

Tuesday, January 11, 2011

Majlis Mengenang Jasa


30 Muharram 1432/05hb. Januari 2011-Rabu, telah diadakan Majlis Mengenang Jasa Bagi Guru-Guru yang melanjutkan pembelajaran dan berpindah tempat bertugas. Guru yang diraikan ialah Cikgu Hj Mohammad Jaya Bin Hj Metussin(Melanjutkan Pembelajaran), Cikgu Hjh Jumeerul Adera Binti Hj Jumat(Melanjutkan Pembelajaran), Cikgu Dk Sharahaifah Binti Pg Hj Ismail(Berpindah), Cikgu Aminah Binti Abdullah(Berpindah) dan Cikgu Hjh Afsah Binti Hj Ahmad(Berpindah). Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Ucapan Guru Besar, Ucapan daripada Guru yang diraikan, Penyampaian hadiah penghargaan dan diakhiri dengan bacaan doa selamat. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada guru-guru yang diraikan di atas jasa dan kerjasama yang diberikan selama bertugas di sekolah ini. Semoga guru-guru yang diraikan akan mendapat kejayaan dalam bidangan yang diceburi dan mendapat keberkatan serta perlindungan daripada Allah.

Penerimaan Kemasukan Murid-Murid Baru Darjah Pra


29 Muharram 1432/04hb. Januari 2011-Selasa, telah diadakan Penerimaan Kemasukan Murid-Murid Baru Darjah Pra dan diteruskan dengan sesi taklimat bersama ibubapa/penjaga murid. Tujuan taklimat tersebut diadakan adalah bagi memberi maklumat tentang disiplin sekolah dan pembelajaran yang ditempuhi oleh anak-anak mereka. Selepas sesi taklimat para ibubapa/penjaga murid membawa anak-anak mereka ke bilik darjah bagi sesi suai kenal bersama guru-guru darjah pra.

Penggal Pertama Persekolahan 2011


28 Muharram 1432/03hb. Januari 2011-Isnin, Penggal Pertama Persekolahan 2011 telah bermula dengan wajah baru dan azam baru. Hari pertama pertama persekolahan telah dimulakan dengan Majlis Membaca Surah Yaasin Dan Bertahlil bagi memohon perlindungan dan keberkatan daripada Allah. Semoga tahun 1432H/2011M ini akan mendatangkan kejayaan yang lebih cemerlang dan berhijrah kepada keimanan yang lebih mantap.