Pages

Wednesday, May 19, 2010

Rakaman RTB Di Sekolah


27 Jamadilawal 1431/12hb. Mei 2010-Rabu, sekali lagi pihak RTB membuat rakaman mengenai dengan Program 3K. Turut hadir dalam rakaman tersebut ialah Hjh Adijah Binti Hj Taha, Ketua Bahagian Program 3K, Jabatan Pengajian Islam. Rakaman tersebut adalah sebagai pendedahan kepada masyarakt tentang program yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam dan diungkayahkan oleh Guru-Guru Sekolah bagi merealisasi program tersebut dengan kemahiran yang ada bagi mengindahkan suasana sekolah. Keindahan tersebut dapat memberikan semangat dan keselesaan kepada guru-guru serta murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran murid. Inilah usaha pihak sekolah bagi menyahut tuntutan Islam tentang keindahan, keselesaan dan kebersihan di Sekolah Ugama.

Penerimaan Hadiah Penghargaan


22 Jamadilawal 1431/07hb. Mei 2010- Jumaat, Majlis Penyampaian Hadiah Cemerlang Dan Penghargaan Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI Tahun 1430H/2009M telah diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas. Sekolah Ugama Katimahar telah menerima hadiah penghargaan tersebut atas kejayaan sekolah yang mendapat 100% lulus dalam peperiksaan SSSRU darjah VI tahun 2009. Guru-guru darjah VI yang terlibat juga menerima hadiah penghargaan tersebut iaitu Cikgu Hjh. Rosnani Binti Hj Abas, Cikgu Hjh Afsah Binti Hj Ahmad dan Cikgu Hjh Rahimah Binti Abas. Pihak sekolah tidak lupa ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang diperolehi dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas usaha serta pengorbanan yang diberikan oleh guru-guru darjah VI dan semua guru-guru Sekolah Ugama Katimahar.

Thursday, May 6, 2010

Sekolah Dilawat Oleh RTB


20 Jamadilawal 1431/05hb. Mei 2010-Rabu, sekolah telah dilawat oleh pihak Radio Televisyen Brunei bagi membuat rakaman Rancangan Sepanjang Jalan yang mana memfokuskan mengenai dengan tandas. Rakaman tersebut berhubungkait dengan Mirhadh. Guru-guru dan beberapa orang murid terlibat menjayakan rakaman tersebut. Pendedahan ini adalah bagi membuka minda orang ramai dan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan tandas dan menggunkannya dengan mengikut adab-adab Islam.


Pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak RTB yang mengendalikan Rancangan Sepanjang Jalan kerana berkesudian membuat lawatan serta membuat rakaman dan menyokong Program Mirhadh. Semoga dengan adanya pendedahan daripada rancangan ini akan membuka minda orang ramai bahawa sekolah ugama begitu menitik beratkan tentang keselesaan dan kebersihan tandas serta kawasan sekolah dan berkemahiran mencantikan tandas serta bangunan sekolah dengan usaha serta kreativiti guru-guru sendiri.

Program Mirhadh


19 Jamadilawal 1431/04hb. Mei 2010-Rabu, pihak sekolah telah menjalankan Program Mirhadh dengan mencantikan tandas sekolah. Di samping Program ini dijalankan ianya juga adalah sebagai persiapan bagi Lawatan daripada pihak RTB bagi membuat rakaman Rancangan Sepanjang Jalan. Fokus rakaman tersebut mengenai kepentingan menjaga kebersihan tandas.

Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Yaasin


18 Jamadilawal 1431/03hb. Mei 2010-Isnin, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Surah Yaasin yang dikhususkan bagi murid-murid yang menghadapi peperiksaan setengah tahun. Semoga murid-murid sekolah ugama katimahar khususnya akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan mendapat keberkatan daripada Allah. Kepada murid-murid Sekolah Ugama Katimahar supaya akan berusaha bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan solat serta berdoa.

Lawatan Ke Pusat Promosi Kesihatan


12 Jamadilawal 1431/27hb. April 2010-Selasa, rombongan sekolah telah membuat Lawatan Ke Pusat Promosi Kesihatan di Berakas. Murid yang terlibat adalah murid-murid darjah 4. Tujuan lawatan ini diadakan untuk mendapatkan infomasi tentang permakanan sihat dan pentingnya menjaga kesihatan.