Pages

Sunday, November 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha1430H

11 Zulhijjah 1430/28hb. November 2009- Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam dan warga Sekolah Ugama Katimahar khususnya.

Majlis Penutup Sekolah Tahun 2009

09 Zulhijjah 1430/26hb. November 2009- Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penutup Sekolah Bagi Tahun 2009 dengan membaca surah Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat. Semoga pengajaran bagi guru-guru dan pembelajaran bagi murid-murid mendapat keberkatan daripada Allah. Pihak Sekolah Ugama Katimahar ingin mengucapkan Selamat Bercuti dan Insya Allah Akan bertemu pada pembukaan sekolah 2010M kepada guru-guru dan Murid-Murid Sekolah Ugama Katimahar. Kepada guru-guru diucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan selama ini dan kepada murid-murid diucapkan tahniah diatas kejayaan yang dicapai serta sepanjang cuti ini diharapkan akan membuat perkara yang bermanfaat dan melakukan ibadat wajib terhadap Allah.

Monday, November 23, 2009

Lawatan Ke Expo 2009 Agriculture & Agrifood Brunei Darussalam






06 Zulhijjah 1430/23hb. November 2009- Isnin, Pihak sekolah telah mengadakan Lawatan Ke Expo 2009 Agriculture & Agrifood Brunei Darussalam di Tungku Gadong. Lawatan ini memberikan pengetahuan terhadap murid-murid tentang usaha pihak kerajaan untuk menampung keperluan asasi rakyat Brunei dan pentingnya memanfaatkan hasil bumi yang diberikan Oleh Allah.

Lawatan Ke Pusat Dakwah





04 Zulhijjah 1430/21hb. November 2009- Sabtu, Pihak sekolah telah mengadakan Lawatan Ke Pusat Dakwah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah memberi peluang kepada murid-murid untuk bertanya serta mengetahui mengenai perjalanan dakwah di Brunei, berpeluang beramah mesra bersama warga Pusat Dakwah dan sebagainya.

Friday, November 20, 2009

Lawatan Ke Penjara Maraburung


02 Zulhijjah 1430/19hb. November 2009- Khamis, Pihak sekolah telah mengadakan Lawatan Ke Penjara Maraburung. Lawatan ini adalah sebagai aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun dan anjuran Badan Sukan Dan Kegiatan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid tentang hukuman yang akan diterima apabila membuat kesalahan, mengetahui bentuk-bentuk kesalahan dan sebagainya.

Tuesday, November 17, 2009

Peperiksaan SSSRU tahun 1430/2009

18hb. November 2009 hingga 26hb. November 2009- Bermulanya peperiksaan bertulis SSSRU tahun 1430/2009. Pihak sekolah sentiasa mendoakan semoga semua murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Katimahar akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan dapat menghadapinya dengan tenang serta sentiasa di dalam perlindungan dan keberkatan Allah. Usaha yang gigih dan di iringi dengan doa yang ikhlas kepada Allah akan mendapat hasil yang cemerlang.

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan 2009


29 Zulkaedah 1430/17 November 2009- Selasa, Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan bersama-sama ibubapa/penjaga murid. Majlis tersebut berlangsung di bilik gerakan guru. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan ibubapa/penjaga murid dengan guru-guru dan dapat berkongsi perihal murid-murid serta kemajuan dalam pembelajaran di sepanjang tahun ini. Pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan ucapan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya dan harapan pihak sekolah supaya murid-murid yang telah berjaya akan terus mengekalkan prestasi yang cemerlang dan berusaha lebih gigih terutama pada mata pelajaran yang lemah. Kepada ibubapa/penjaga murid pihak sekolah sangatlah berharap supaya akan sama-sama memantau pembelajaran anak-anak abiskita demi masa depannya terutama dalam peribadatan yang disuruh dan diwajibkan oleh Allah.

Friday, November 13, 2009

Majlis Solat Sunat Hajat,Membaca Yaasin Bagi Murid-Murid Darjah VI Yang Akan Menghadapi Peperiksaan SSSRU 2009






24 Zulkaedah 1430/12hb. November 2009-Khamis, Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat, Membaca Yaasin bagi murid-murid darjah VI yang akan menghadapi peperiksaan SSSRU 2009 yang akan bermula pada 18hb. November hingga 26hb. November 2009. Majlis berlangsung di Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien Kg. Katimahar. Majlis dimulakan dengan solat berjemaah Fardhu Maghrib dan kemudian di ikuti dengan solat sunat hajat dan seterusnya membaca surah Yaasin. Majlis berakhir dengan solat berjemaah Fardhu Isya dan kemudian menikmati jamuan. Majlis tersebut dihadiri oleh murid-murid darjah VI dan para ibubapa murid. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memohon kepada Allah semoga semua murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Katimahar akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan mendapat keberkatan daripada Allah. Pihak Sekolah juga tidak lupa ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Imam dan para ibubapa murid kerana menghadirkan diri ke majlis tersebut dan sama-sama menjayakannya.

Monday, November 9, 2009

Lawatan Ke Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

19 Zulkaedah 1430/07hb. November 2009-Sabtu, Pihak sekolah telah mengadakan aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun iaitu membuat Lawatan Ke Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Rombongan lawatan seramai 50 orang. Pihak sekolah serta murid-murid merasa gembira dan bertuah kerana dapat membuat dan ikut serta dalam lawatan tersebut. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah sebagai hadiah kepada murid-murid yang sentiasa berusaha mendapatkan keputusan yang cemerlang dan menambahkan lagi pengalaman murid-murid dalam kemesyarakatan serta membuka minda murid akan kepentingan mempunyai ilmu pengetahuan yang berguna pada masa hadapan.

Tuesday, November 3, 2009

Majlis Doa Selamat Bakal Haji 1430H/2009M





15 Zulkaedah 1430/03hb. November 2009-Selasa, Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Majlis Doa Selamat Bakal Haji bagi Cikgu Hjh. Afsah Binti Hj Ahmad. Majlis berlangsung di dewan Sekolah Ugama Katimahar. Majlis bermula dengan solat Zohor berjemaah dan kemudian diteruskan dengan majlis membaca doa selamat. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan guru besar dan penyampaian sedekah daripada pihak sekolah. Semoga apa yang dihajatkan dimakbul oleh Allah dan bakal haji yang diraikan akan mendapat haji yang Mabrur dan Selamat belayar dan kembali ke tanah air..Aaamiin Ya Rabbal'aalamiin..