Pages

Thursday, March 12, 2009

PERADUAN DIKIR SYARAFIL ANAM





07HB MAC 2009 (SABTU) - Sekolah Ugama Katimahar telah dijemput untuk mengikuti peraduan Dikir Syarafil Anam sempena Perkahwinan anak Awg Hj Othman bin Hj Chuchu di No 2, Simpang 62, Jalan Ban 3-3A, Kampong Mulaut, Sengkurong, BG2121, Brunei Darussalam.





Alhamdulillah rezeki sekolah Johan disandang oleh Peserta Perempuan sementara Naib Johan Peserta Lelaki wakil Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PESTA BUKU





03HB & 04HB MAC 2009 ( SELASA & RABU ) - Seperti lazimnya sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 25 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Pesta Buku 2009, ekoran daripada itu pihak Sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Stadium tertutup Berakas. Murid-murid sekolah telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pada hari pertama bagi darjah VI dan IV alif sementara pada hari berikutnya bagi murid darjah V dan IV ba.

Tuesday, March 3, 2009

PERADUAN MEMBACA AL QURAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR

28 FEBRUARI 2009 ( SABTU ) - Johan peseta lelaki dan perempuan dalam Peringkat Pemilihan Peraduan Membaca Al Quran Persekolahan Ugama, Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehawal Ugama telah mewakili sekolah dan kawasan Brunei III ke Peringkat Separuh Akhir yang telah diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong.

Wakil sekolah Mohd Wafiy bin Hj Morsidi telah mendapat tempat ke Lima sementara Nurul Ni'matul Yani binti Hj Mahmud telah menyandang Johan dalam Peraduan tersebut ( Kategori A )

Sementera Peringkat Pemilihan Kategori B yang telah berlangsung pada 17hb dan 18hb Februari 2009 di Sekolah Pengiran Muda Abd Malik Bengkurong telah diwakili oleh Mohd Rafid bin Siadam bahagian lelaki dan Nurul Ad Diayanah binti Hj Morsidi mewakili bahagian perempuan.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat bagi sama-sama memberikan saingan dalam Peraduan Membaca Al Quran Persekolahan Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2009M / 1430H.

SAMBUTAN DIKIR MAULIDUR RASUL 1430H

25HB FEBRUARI 2009 ( RABU ) - Bagi sama-sama mennyemarakkan sambutan hari kelahiran baginda Rasullullah Salallahu Alaihi Wassalam maka pihak sekolah telah mengadakan pembukaan dikir maulud di dewan sekolah.

Memandangkan piak sekolah ketika ini menjalani ujian lisan maka sambutan maulud cukup setakat pembukaan dikir syarafil anam sahaja dan insyallah sambutan kelahiran Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam seterusnya akan diusahakan kemudian bergantong kepada keluangan masa dan tenaga guru-guru, sekian Wassalam

KEDEWASAAN BRNEGARA


Tema Hari Kebangsaan Tahun 2009




"KEDEWASAAN BERNEGARA"




"Dalam usia 23 tahun ini, kita sudah menjadi matang dan mampu untuk memahami cabaran-cabaran kehidupan. Di antara cabaran paling mencabar ialah kesediaan kita mengakui kelemahan yang ada, di samping tidak pula lambat untuk membuat pembaikan-pembaikan. "
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-23 Tahun 2007.


Tempoh suku abad negara mencapai taraf sebuah negara merdeka lagi berdaulat telah ditandai dengan pembangunan yang pesat dalam segala bidang kehidupan. Kepesatan pembangunan itu terlaksana atas rahmat Allah Subhanahu Wataala yang mengurniakan nikmat keselamatan, kemakmuran, dan ketenteraman kepada negara ini, dan taufik serta hidayah-Nya kepada para pemimpin yang memikul umanah mentadbir negara pada lunas-lunas yang diredai-Nya. Dalam tempoh suku abad itu tidak syak lagi telah mendewasakan warga negaa "untuk memahami cabaran-cabaran kehidupan" dan meningkatkan Weltanschauung mereka dalam "pemeliharaan perhubungan persahabatan di kalangan antarabangsa atas dasar saling menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan dan keutuhan (kukuh) wilayah".




Salah satu ciri kedewasaan adalah sikap rendah hati seperti kesediaan mengakui kelemahan sendiri, dan bijak pula melakukan pembaikan ke atas kelemahan itu. Seorang yang dewasa tidak akan bertepuk paha atas musibah atau kecelakaan kita. Kedewasaan menuntut toleransi atau tasammuh ( berbaik sangka) sama ada toleransi berjiran tetangga dalam lingkungan komuniti negara sendiri maupun toleransi supranasional.




"Kedewasaan Bernegara" sebagai tema menyambut tempoh suku abad negara merdeka lagi berdaulat adalah tepat selaras dengan "kita sudah menjadi matang dan mampu untuk memahami cabaran-cabaran kehidupan". Tema "Kedewasaan Bernegara" yang berpaksi kepada institusi-institusi kehidupan sebuah "Negara Melayu Islam Beraja" dapat menjana sinergi semangat kerja keras dan komitmen semua warga negara dalam "tunggak utama negara" demi menjamin kesinambungan negara di tengah-tengah gelombang globalisasi yang semakin mencabar. "Kedewasaan" warga negara - berfikir, bertindak, membuat keputusan - perlu ditingkatkan demi memastikan cabaran-cabaran kehidupan masa hadapan dapat menyumbang kepada - bukan memudaratkan - kesejahteraan bangsa dan negara. Kedewasaan berfikir, misalnya, dapat memberi respons yang positif terhadap "Adakah sama orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan ?". Tentu tidak sama. Kalau begitu bertindaklah selaku warga bangsa dewasa yang taqwa melaksanakan pembinaan negara bangsa menurut lunas-lunas petunjuk jalan kebaikan seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran : "Kitab itu (Al-Quran) tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang-orang yang taqwa". Jika timbul perbalahan dalam urusan bernegara hendaklah merujuk kepada Allah dan rasul dan jangan sekali-kali memutuskan silaturrahim.




Tema "Kedewasaan Bernegara" membuka dua alur pemikiran dalam proses pembangunan negara bangsa. Pertama, mengimbas kembali jejak-jejak pembangunan negara dalam tempoh suku abad negara merdeka lagi berdaulat, dan mengambil iktibar serta pengajaran daripada kekuatan dan kelemahannya. Kedua, melihat jauh ke hadapan ------ setengah abad negara merdeka lagi berdaulat ------ dengan berbekalkan perancangan untuk meningkatkan "Kedewasaan Bernegara" bagi melahirkan negara bangsa cemerlang yang diredai oleh Allah Subhanahu Wataala.




"(Inilah) negeri yang baik dan Tuhan yang pengampun."
-Surah As Saba, Ayat 15



Dipetik daripada laman web : http://www.kkbs.gov.bn/html/2009_tema.htm





Sunday, March 1, 2009