Pages

Sunday, November 23, 2008

MAJLIS KHATAM AL QURAN RAMADHAN 1429H




16HB SEPTEMBER 2008 ( SELASA ) - Sekolah Ugama katimahar telah mengadakan majlis khatam Al Quran sempena memperingati Bulan Ramadhan yang mulia. Sebelum majlis khatam ini diadakan guru dan murid telah bahagikan ayat / juz yang perlu dibaca oleh Guru Kanan Al Quran Cikgu Hjh Rahimah.
Majlis pembukaan bertadarus bulan Ramadhan telah diadakan di Masjid Paduka Sultan Hj Omar Ali Saifuddin Kampong Katimahar pada 10hb Seotember, 2008 ( Rabu ).
Bacaan surah-surah lazim / takhtim / tahlil telah dibacakan secara beramai-ramai sementara doa khatam telah disempurnakan oleh Cikgu Hj Mohd Aslenan bin Hj Metussin dan doa tahlil oleh Cikgu Abd Razak bin Hj Mohd Daud. Majlis diakhiri dengan penyampaian darma kepada anak-anak yatim sekolah seramai 12 orang.

PERKEMBANGAN STAFF- JKPSSU BRUNEI III




09HB - 10HB SEPTEMBER 2008 ( RABU & KHAMIS ) - Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III melalui Bahagian Perkembangan Staff telah melaksanakan aktiviti Penggunaan Microsoft Excel khusus dalam membuat markah peperiksaan murid. Bagi menjayakan program ini pihak penganjur telah mengundang Cikgu Hj Mohd Jaya bin Hj Metussin, Guru Ugama Terlatih Sekolah Ugama Katimahar untuk menjadi fasilitator bengkel berkenaan.
Antara objektif bengkel ini diadakan ialah memberikan pendedahan kepada guru-guru khususnya guru ugama agar berkembang maju dan terus bersaing di dunia global yang sentiasa akan mengukur terhadap kemajuan sains dan teknologi.

PEPERIKSAAN PENILAIAN SSSRU DARJAH VI-2008


04HB SEPTEMBER, 2008 ( KHAMIS) - Seramai 39 murid darjah VI Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III telah menduduki peperiksaan penilaian sebelum menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama darjah VI ( SSSRU ). SEMOGA BERJAYA!!!

Friday, November 7, 2008

KEMPEN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN





01HB SEPTEMBER 2008 ( ISNIN ) - Anak bulan Ramadhan tidak kelihatan maka pihak sekolah telah membuat rancangan mengadakan kempen kebersihan ke tanah perkuburan Kampong Katimahar. Semua murid lelaki telah dibawa ke tanah perkuburan yang telah di tetapkan.

Thursday, November 6, 2008

MENERIMA MUSHAF BRUNEI BAGI MURID SEKOLAH UGAMA

30HB OGOS 2008 ( SABTU ) - Sebanyak 340 buah mushaf Brunei Drussalam telah diedarkan ke sekolah-sekolah ugama. Pada hari tersebut telah dijadualkan bagi Sekolah Ugama Katimahar menerima Mushaf berkenaan

MAJLIS PERPISAHAN DAN MENGENANG JASA GURU BERPINDAH


30HB OGOS 2008 ( SABTU )- Majlis Perpisahan dan mengenang jasa guru yang berpindah dan melanjutkan pelajaran. Cikgu mazli bin Hj Moksin berpindah ke Pusat Bahagia Kampong Pulaie. Semantara Cikgu Susiyati binti Hj Awg Besar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University Brunei Darussalam.

Acara dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada guru besar sekolah Cikgu Malati binti Hj Timbul dan diikuti oleh ucapan dan nasihat daripada Cikgu Mazli bin Hj Moksin.





PEPERIKSAAN LISAN SSSRU 2008






16HB OGOS 2008 ( SABTU ) - Peperiksaan Lisan bagi murid yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Darjah VI (PSSSRU) telah bermula dan berakhir pada 19hb Ogos 2008 ( Selasa ).

Seramai 39 calon yang telah menduduki peperiksaan lisan dan akan menduduki peperiksaan bertulis pada bulan November 2008 yang akan datang.

MOTIVASI CALON KE SEKOLAH ARAB

12HB OGOS 2008 ( SELASA ) - Setelah mengikuti klas tambahan yang telah dikendalikan oleh guru-guru yang telah dipilih calon diberikan lagi motivasi oleh guru Kaunseling Sekolah Ugama Katimahar Kawasan Brunei III Cikgu Emran bin Hj Abd Rani.

Seramai 11 orang calon yang akan menduduki peperiksaan calon ke sekolah arab bagi tahun 2008.

TAHLIL DAN DOA ARWAH


04HB & 05HB OGOS 2008 ( ISNIN DAN SELASA ) - Seperti yang telah di tetapkan menerusi perjumpan yang telah diadakan pada 28hb Julai 2008 maka PERADUAN TAHLIL DAN DOA ARWAH PERINGKAT PEMILIHAN KAWASAN BRUNEI III BAHAGIAN LELAKI telah diadakan di Dewan Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III.

Sebanyak 11 pasukan yang bertanding manakala Johan meneruskan pertandingan ke peringkat akhir bagi mewakili kawasan Brunei III.

Pasukan wakil dari Sekolah Ugama Rimba I telah menjuari pertandingan ini manakala wakil Sekolah Ugama Katimahar tempat ke dua sementara pasukan daripada Sekolah Ugama Anak-Anak Polis Di Raja Brunei.

PERADUAN TAHLIL KAWASAN BRUNEI III

28HB JULAI, 2008 (ISNIN)- Perjumpaan dan taklimat mengenai Peraduan Tahlil dan Doa Arwah bagi kawasan Brunei III bahagian lelaki bagi tahun 2008. Pada tahun ini Sekolah Ugama Katimahar telah diamanakhkan untuk mengandalikan peraduan tersebut. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah mengadakan sessi perjumpaan, taklimat dan cabutan undian giliran bagi acara tersebut. Semua yang hadir telah bersetuju akan mengadakan peraduan berkenaan selama 2 hari iaitu 4hb Ogos dan 5hb Ogos 2008 Di Dewan Sekolah Ugama Katimahar Kawasan Brunei III

Tuesday, August 5, 2008

MAJLIS KHATAM AL QURAN

31HB JULAI 2008 ( KHAMIS ) - Seramai 34 murid darjah VI tahun ini telah diraikan di dalam Majlis Khatam Al Quran. Hadir selaku tetamu kehormat di dalam majlis ini ialah ketua Kampong Kulapis YM Hj Timor bin Limbang. Turut hadir ialah Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III YM Ustazah Dk Hjh Mas Relawati binti Pg Md Said dan pembantu di samping jemputan-jemputan khas serta guru-guru besar sekolah ugama kawasan Brunei III.

Pihak sekolah ingin mengucapkan penghargaan terima ksaih kepada tetamu kehormat serta semua yang hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis tersebut dan penghargaan juga kepada sesiapa sahaja yang menyumbangkan wang ringgit mahupun tenaga dan buah fikiran dalam memastikan acara ini berjalan dengan lancar, sekali lagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan sama-sama berdoa kehadrat Allah Subahanahu Wata'ala semoga kita bersama terus mendapat keberkatan dan nikmat dari-Nya jua Amin.....

PERADUAN MEMBACA JAWI



16HB JULAI 2008 ( RABU ) - Bahagian Akademik Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III telah memilih Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III untuk mengdakan Peraduan Membaca Jawi Peringkar pemilihan bagi kali ke dua tahun 2008. Peraduan ini memang dibukakan kepada murid darjah I di sekolah ugama kawasan Brunei III.

Seramai lebih kurang 42 peserta telah mengambil bahagian dalam peraduan ini dan insyallah peringkat seterusnya akan di adakan sedikit masa lagi.

PERPISAHAN CIKGU NORLIANA ABDULLAH

12HB JULAI 2008 ( SABTU ) - Hari ini adalah merupakan hari terakhir Cikgu Norliana binti Abdullah bertugas di Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III. Beliau telah menerima arahan untuk berpindah tempat mengajar ke Daerah Belait.
Sekalong penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Noorliana binti Abdullah di atas jasa dan segala sumbangannya selama ia berada di Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III. Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Allah Subahanahu Wata'ala kerana pihak sekola telah berjaya mengadakan majlis bagi mengenang jasa beliau. Acara tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah kemudian Ucapan daripada Guru Besar Sekolah Cikgu Malati binti Hj Timbul manakala selepas daripada itu dipersilakan pula Cikgu Norliana binti Abdullah memberikan ucapan dan ucapan dari wakil murid Abu Zar bin Hj Mohd Ahmad.

Mengenang jasa beliau, guru besar bagi wakil pihak sekolah menyempurnakan penyampaian cendera hati kenangan kepada Cikgu Norliana binti Abdullah dan anak beliau.

Thursday, July 24, 2008

PEPERIKSAAN LISAN CALON KE SEKOLAH ARAB






05HB. JULAI ( SABTU ) - Peperriksaan lisan calon ke sekolah arab bagi tahun 1429h / 2008m diadakan di Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III. Seramai 12 orang murid yang menjalani ujian tersebut dan insyaallah seterusnya akan menduduki Peperiksaan Calon Ke Sekolah Arab pada bulan Ogos, 2008 akan datang nanti.

Friday, July 4, 2008

PANGGAL KE TIGA BERMULA

30hb Jun 2008 ( Isnin ) - Kini sekolah dibuka kembali bagi meneruskan perjuangan tahun 2008. Alhamdulillah murid-murid telah menjalani cuti panggal persekolahan dengan mengisi aktiviti-aktiviti yang bermanfa'at. Salah seorang murid dari darjah V telah menceritakan pengalaman mereka semasa cuti panggal persekolahan yang lalau. Insyaallah cerita mengenainya akan dapat sama-sama diikuti menerusi blog ini juga.

Sementara guru-guru juga mula sibuk membincangkan persiapan menjelangnya majlis khatam al quran bagi murid-murid darjah VI yang akan berlangsung pada 31hb Julai 2008 ( Khamis ).

Saturday, June 21, 2008

MAJLIS SILATURRAHMI SEKOLAH






14hb. Jun, 2008 ( Sabtu ) - Majlis menandatangani rekod kemajuan peperiksaan setangah tahun 2008 bagi murid Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III telah diadakan di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.

Alhamdulillah, kehadiran ibubapa dan penjaga murid amat menggalakkan dan ini adalah merupakan kali pertama ianya diadakan setempat.

Harapan pihak sekolah kepada ibubapa dan penjaga murid agar dapat terus meningkatkan kometmen mereka terhadap sekolah dari masa ke semasa.

Hasil dari perjumpaan ini, alhamdulillah pihak sekolah dapat membuat pendekatan kepada ibubapa dan penjaga di samping mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan mutu prestasi anak-anak mereka.