Pages

Sunday, November 23, 2008

MAJLIS KHATAM AL QURAN RAMADHAN 1429H




16HB SEPTEMBER 2008 ( SELASA ) - Sekolah Ugama katimahar telah mengadakan majlis khatam Al Quran sempena memperingati Bulan Ramadhan yang mulia. Sebelum majlis khatam ini diadakan guru dan murid telah bahagikan ayat / juz yang perlu dibaca oleh Guru Kanan Al Quran Cikgu Hjh Rahimah.
Majlis pembukaan bertadarus bulan Ramadhan telah diadakan di Masjid Paduka Sultan Hj Omar Ali Saifuddin Kampong Katimahar pada 10hb Seotember, 2008 ( Rabu ).
Bacaan surah-surah lazim / takhtim / tahlil telah dibacakan secara beramai-ramai sementara doa khatam telah disempurnakan oleh Cikgu Hj Mohd Aslenan bin Hj Metussin dan doa tahlil oleh Cikgu Abd Razak bin Hj Mohd Daud. Majlis diakhiri dengan penyampaian darma kepada anak-anak yatim sekolah seramai 12 orang.

No comments: