Pages

Friday, November 19, 2010

Takbir Hari Raya Aidiladha


12 Zulhijjah 1431/18hb. November 2010-Khamis, telah diadakan Majlis Bertakbir Hari Raya Aidiladha. Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Zohor dan diteruskan dengan Takbir Hari Raya yang dimulakan oleh Guru-Guru dan kemudian murid-murid. Dikesempatan ini pihak sekolah ingin megucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan SSSRU 2009M Dan Hadiah Cemerlang 2010M



09 Zulhijjah 1431/15hb. November 2010- Isnin, telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah 1430H/2009M Dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 1431H/2010M. Seramai 46 pelajar telah menerima sijil mereka. Pelajar Cemerlang Keseluruhan Peperiksaan SSSRU 2009M telah dinobatkan kepada NUR FADHLINA BINTI HJ MASHOOD. Tahniah diucapkan kepada penerima sijil kerana telah lulus dalam peperiksaan SSSRU dan mendapat keputusan 100% lulus. Diharap kejayaan ini akan diteruskan dan menjadi pelajar Islam yang beriman serta berjaya.

Majlis tersebut diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 1431H/2010M. Hadiah yang diterima adalah hadiah pelajar cemerlang setiap darjah, hadiah terbaik keseluruhan setiap darjah, hadiah kehadiran terbaik dan hadiah pelajar yang lulus calon ke Sekolah Arab. Penyampaian tersebut bagi pelajar Sesi Pagi dan Sesi Petang. Tahniah juga diucapkan atas kejayaan yang diperolehi dan diharapkan kejayaan ini akan diteruskan.

Tetamu kehormat dalam Majlis tersebut Yang Mulia Ustazah Dk Hjh Masrelawati@Khadijah Binti Pg Hj Mohd Said, Pegawai Pengajian Islam Brunei III. Turut hadir pada Majlis tersebut Yang Mulia Ustaz Hj Mohd Jappar Bin Hj Awg Damit, Pembantu Pegawai Pengajian Islam Brunei III. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas kesudian menjadi tetamu kehormat dalam Majlis tersebut.

Ucapan penghargaan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Msjlis ini iaitu Guru-Guru,Murid-Murid dan kakitangan Sekolah Ugama Katimahar Sesi Pagi dan Sesi Petang dan guru jemputan Cikgu Hj Mohd Jaya Bin Hj Metussin serta ibubapa/penjaga murid dan Media Massa.

Thursday, November 11, 2010

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan


05 Zulhijjah 1431/11hb. November 2010- Khamis, telah diadakan Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan bagi Peperiksaan Akhir Tahun. Di samping itu, ibubapa/penjaga murid berpeluang berbincang bersama guru perihal pembelajaran anak-anak mereka. Pihak sekolah tidak lupa merakamkan penghargaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan majlis tersebut demi kebaikan dan kemajuan pembelajaran murid-murid Sekolah Ugama Katimahar. Majlis ini diadakan dua sesi iaitu murid-murid yang belajar pada sesi pagi diadakan waktu pagi dan waktu petang bagi murid-murid yang belajar pada sesi petang.

Lawatan Ke Pusat Sejarah

29 Zulkaedah 1431/06hb. November 2010- Sabtu, aktiviti lawatan diteruskan dengan Lawatan Ke Pusat Sejarah. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid Darjah 4, 5 dan 6. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih di atas penerimaan rombongan lawatan daripada sekolah.

Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Surah Yaasin


27 Zulkaedah 1431/04hb. November 2010- Khamis, telah diadakan Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Surah Yaasin bagi memohon kepada Allah untuk kejayaan kepada murid-murid darjah 6 yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah pada tahun ini. Semoga apa yang dihajatkan akan diterima dan dimakbulkan oleh Allah. Pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak Masjid Kg. Katimahar di atas kerjasama yang diberikan dengan mengetuai majlis tersebut.

Lawatan Ke Pusat Da'wah


27 Zulkaedah 1431/04hb. November 2010- Khamis, siri lawatan diteruskan lagi dengan Lawatan Ke Pusat Da'wah. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid Darjah Dua dan Tiga. Dalam lawatan tersebut rombongan diberikan taklimat dan menjawab soalan yang dianjurkan oleh Pusat Da'wah. Selepas taklimat diberikan rombongan dibawa melawat ke bilik pameran yang mana memberikan pengetahuan mengenai perkara yang ditegah, yang diharamkan, menyaksikan Kain Ka'bah, sejarah dan sebagainya. Daripada lawatan tersebut pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan penghargaan terima kasih.

Lawatan Ke Jabatan Mufti


26 Zulkaedah 1431/03hb. November 2010- Rabu, diteruskan lagi aktiviti Lawatan Ke Jabatan Mufti. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid Darjah Satu dan Tiga. Dalam lawatan tersebut murid-murid berpeluang menyaksikan pameran dan mendengar taklimat daripada pegawai yang bertugas di Jabatan tersebut serta murid-murid juga berpeluang mendapatkan hadiah dengan menjawab soalan yang diajukan. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih diatas layanan yang diberikan dan menerima lawatan pihak sekolah.

Lawatan Ke Alat-Alat Kebesaran Di Raja

25 Zulkaedah 1431/02hb. November 2010- Selasa, telah diadakan Lawatan Ke Alat-Alat Kebesaran Di Raja sebagai aktiviti tahunan Bahagian ko Kurikulum selepas selesainya peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid Darjah Pra.

Sunday, October 10, 2010

Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Surah Yaasin

28 Syawal 1431/07hb. Oktober 2010-Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat dan Membaca Surah Yaasin bagi memohon kejayaan kepada Allah khususnya murid-murid Sekolah Ugama Katimahar bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun 2010.

Sesi Motivasi


26 Syawal 1431/05hb. Oktober 2010- Selasa, telah diadakan sesi motivasi bagi murid-murid darjah 4 dan 5 sebelum mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun. Sesi motivasi telah disampaikan oleh guru kaunseling sekolah Cikgu Emran Bin Hj Abd Rani. Sesi ini diadakan adalah sebagai inisiatif sekolah bagi meningkatkan motivasi pelajar untuk berjaya dengan cemerlang ketika menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Sunday, October 3, 2010

Majlis 2 dalam 1 Sesi Petang



18 Syawal 1431/27hb. September 2010- Isnin, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Dan Sambutan Hari Raya sebagai memperingati sambutan hari guru dan memeriahkan suasana hari raya. Majlis pada hari tersebut telah dijayakan dan dipersembahkan oleh murid-murid. Majlis diakhiri dengan majlis bersalam-salaman dan berkunjung berhari raya ke bilik darjah terbuka yang dihias dalam suasana hari raya oleh para guru dan murid. Pihak sekolah ingin merakamkan terima kasih kepada murid-murid sekolah ugama katimahar sesi pagi dan petang kerana telah berjaya mengungkayahkan Majlis Sambutan Hari Guru Dan Sambutan Hari Raya.

Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya Sesi Pagi


16 Syawal 1431/25hb. September 2010-Sabtu, persekolahan sesi pagi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya sempena mengenang jasa guru dan memeriahkan lagi suasana hari raya. Majls tersebut telah diungkayahkan bersama murid-murid sebagai tanda terima kasih murid-murid kepada para guru dan mereka mempersembahkan pementasan hasil karya para murid. Majlis diakhiri dengan sesi bilik darjah terbuka sempena hari raya.

Selamat Hari Guru


14 Syawal 1431/23hb. September 2010-Khamis, adalah sebagai tarikh memperingati jasa guru dan tema hari guru pada tahun ini: Guru Gemilang Pelajar Cemerlang. Sempena Hari Guru tersebut pihak sekolah telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Bertahlil bagi memohon kepada Allah semoga para guru dilimpahkan kurnia rahmat.

Majlis Membaca Surah Yaasin

11 Syawal 1431/20hb. September 2010-Isnin, telah diadakan Majlis Membaca Surah Yaasin sempena pembukaan sesi pengajaran dan pembelajaran setelah cuti penggal ketiga bagi memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah.

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Pihak Sekolah ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Aktiviti Bulan Ramadhan 1431H/2010M




Pihak sekolah telah merancang dan menjalankan beberapa aktiviti berbentuk keagamaan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan. Aktiviti yang dijalankan seperti bertadarus, menghalusi amali agama, kuiz, bertadarus di Masjid, penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan Majlis Khatam Al-Quran. Semoga semua aktiviti yang dijalankan tersebut akan mendapat keberkatan daripada Allah.

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT BERPUASA

Diucapkan Selamat Berpuasa Semoga Amalan Kita Pada Tahun Ini Akan Diterima Dan Diberkati Oleh Allah.

Majlis Membaca Yaasin Dan Bertahlil


29 Syaaban 1431/10hb. Ogos 2010-Selasa, telah diadakan Majlis Membaca Yaasin Dan Bertahlil bagi mengambil keberkatan menjelangnya Bulan Ramadhan. Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.

Membersihkan Tanah Perkuburan Dan Bertahlil


28 Syaaban 1431/09hb. Ogos 2010-Isnin, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan membersihkan tanah perkuburan dan bertahlil di Tanah Perkuburan Kg. Kulapis. Aktiviti ini diadakan sebagai aktiviti tahunan sebelum menjelangnya bulan Ramadhan dan melatih diri murid dalam mengerjakan aktiviti kemasyarakatan yang berkebajikan.

Persembahan


12 Syaaban 1431/24hb. Julai 2010-Sabtu, murid-murid Sekolah Ugama Katimahar telah dijemput bagi membuat persembahan padang sempena Hari Keputeraan Sultan yang ke 64 tahun. Murid-murid Sekolah Ugama Katimahar telah mempersembahkan Nasyid. Persembahan belangsung di pentas persembahan Bandar Seri Begawan.

Monday, July 19, 2010

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan


05 Syaaban 1431/17hb. Julai 2010-Sabtu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid bagi peperiksaan setengah tahun 2010M. Ibubapa/penjaga murid juga berpeluang bertanyakan mengenai dengan hal ehwal pembelajaran anak mereka bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu pembelajaran anak mereka. Pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan penghargaan terima kasih di atas kerjasama dan perhatian yang diberikan.

Thursday, July 15, 2010

Majlis Meraikan Dan Mengenang Jasa Guru Praktik KUPUSB


02 Syaaban 1431/14hb. Julai 2010-Rabu, telah diadakan Majlis Meraikan Dan Mengenang Jasa Guru Praktik KUPUSB. Seramai 5 orang guru iaitu 4 orang mengajar sesi petang yang terdiri daripada 1. Cikgu Hjh Rohani Bin Hj Abd. Rani, 2. Cikgu Hjh Siti Norhaliza Binti Hj Dulamit, 3. Cikgu Nurani Binti Hj Harith, 4. Cikgu Zatul Khatizah Binti Hj Zaini dan seorang guru mengajar sesi pagi iaitu Cikgu Zulzawawi Bin Marzlan. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan semoga mendapat kejayaan dan menjadi guru yang cemerlang.

Majlis Membaca Yaasin Dan Doa Kesyukuran

02 Syaaban 1431/14hb. Julai 2010-Rabu,telah diadakan Majlis Membaca Yaasin Dan Doa Kesyukuran Bagi Sempena Menyambut hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 64 Tahun. Semoga Baginda Sultan dilanjutkan usia dan kekal karar memerintah negara.

Sunday, July 11, 2010

Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah 6


25 Rejab 1431/08hb. Julai 2010-Khamis, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah 6 bagi Tahun 1431H/2010M. Tetamu kehormat dalam majlis tersebut Yang Mulia Ustazah Hjh Rusita Binti Hj Yahya, Ketua Bahagian Institusi Pengajian, Jabatan Pengajian Islam. Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.


Seramai 34 orang murid telah menyertai majlis tersebut. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, Bacaan Ayat-Ayat Lazim daripada peserta Khatam, Bacaan Takhtim, Bacaan doa Khatam, Dikir Marhaban, acara penyampaian sijil khatam dan menabur bunga rampai, penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat, bacaan doa selamat oleh Cikgu Saiful Rizal Bin Hj Md Jinin dan majlis diakhiri dengan menikmati jamuan.


Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tetamu kehormat majlis, para jemputan, para ibubapa/penjaga murid, Ahli Persatuan Ibubapa dan Guru, Brunei Press, para dermawan, guru-guru dan kakitangan Sekolah Ugama Katimahar dan semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah 6 Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III bagi tahun 1431H/2010M.

Lawatan Ke Pusat Promosi Kesihatan

20 Rejab 1431/03hb. Julai 2010-Sabtu, pihak sekolah sesi pagi telah mengadakan Lawatan Ke Pusat Promosi Kesihatan. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan bagi memberikan pengetahuan mengenai dengan pentingnya penjagaan kesihatan. Dalam lawatan tersebut para murid berpeluang bertanyakan mengenai dengan permakanan sihat dan cara mencegah obesiti.

Lawatan Ke Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

18 Rejab 1431/01hb. Julai 2010-Khamis, guru-guru dan para murid sesi pagi telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Tujuan lawatan diadakan adalah bagi melihat dengan lebih dekat mengenai dengan penerbangan peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Lawatan Ke Biro Kawalan Narkotik

17 Rejab 1431/30hb. Jun 2010-Rabu, para guru dan murid sesi pagi telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Biro Kawalan Narkotik. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan bagi mendapatkan penerangan dan pengetahuan yang berguna tentang hukuman, jenis-jenis dadah dan kesan yang dialami oleh para penagih. Hasil daripada lawatan itu juga dapat memberikan peringatan kepada para guru dan murid untuk berhati-hati supaya tidak terjebak. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Biro Kawalan Narkotik.

Peraduan Tulisan Jawi

13 Rejab 1431/26hb. Jun 2010-Sabtu, telah diadakan Peringkat Pemilihan Senegara Peraduan Tulisan Jawi. Setiap peringkat darjah seorang wakil yang terpilih bagi peringkat seterusnya. Tujuan peraduan ini diadakan adalah bagi memartabatkan tulisan jawi dan mencungkil bakat para murid yang berkebolehan menulis dengan baik serta cantik.

Majlis Membaca Surah Yaasin Dan Bertahlil

08 Rejab 1431/21hb. Jun 2010-Isnin, sempena pembukaan penggal ketiga persekolahan, telah diadakan Majlis Membaca Surah Yaasin bagi memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah. Majlis diteruskan dengan Majlis Bertahlil bagi Allahyarham Siadam Bin Buang iaitu bapa kepada murid yang belajar di Sekolah Ugama Katimahar. Didoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solehin.

Monday, June 21, 2010

Majlis Penutup Persekolahan Penggal Kedua


20 Jamadilakhir 1431/3hb. Jun 2010-Khamis, telah diadakan Majlis Penutup Persekolahan Penggal Kedua dengan acara membaca surah Yaasin, Kempen Kebersihan dan Perlawanan bola sepak.

Mesyuarat Majlis Khatam Kali Ke 2


14 Jamadilakhir 1431/28hb. Mei 2010-Jumaat, telah diadakan Mesyuarat Majlis Khatam Kali ke 2 bersama ibubapa/penjaga murid darjah 6 bagi melicinkan lagi perjalanan majlis tersebut. Majlis tersebut diadakan di Bilik Sunber Sekolah Ugama Katimahar. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas kehadiran para ibubapa/penjaga murid.

Wednesday, May 19, 2010

Rakaman RTB Di Sekolah


27 Jamadilawal 1431/12hb. Mei 2010-Rabu, sekali lagi pihak RTB membuat rakaman mengenai dengan Program 3K. Turut hadir dalam rakaman tersebut ialah Hjh Adijah Binti Hj Taha, Ketua Bahagian Program 3K, Jabatan Pengajian Islam. Rakaman tersebut adalah sebagai pendedahan kepada masyarakt tentang program yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam dan diungkayahkan oleh Guru-Guru Sekolah bagi merealisasi program tersebut dengan kemahiran yang ada bagi mengindahkan suasana sekolah. Keindahan tersebut dapat memberikan semangat dan keselesaan kepada guru-guru serta murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran murid. Inilah usaha pihak sekolah bagi menyahut tuntutan Islam tentang keindahan, keselesaan dan kebersihan di Sekolah Ugama.

Penerimaan Hadiah Penghargaan


22 Jamadilawal 1431/07hb. Mei 2010- Jumaat, Majlis Penyampaian Hadiah Cemerlang Dan Penghargaan Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI Tahun 1430H/2009M telah diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas. Sekolah Ugama Katimahar telah menerima hadiah penghargaan tersebut atas kejayaan sekolah yang mendapat 100% lulus dalam peperiksaan SSSRU darjah VI tahun 2009. Guru-guru darjah VI yang terlibat juga menerima hadiah penghargaan tersebut iaitu Cikgu Hjh. Rosnani Binti Hj Abas, Cikgu Hjh Afsah Binti Hj Ahmad dan Cikgu Hjh Rahimah Binti Abas. Pihak sekolah tidak lupa ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang diperolehi dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas usaha serta pengorbanan yang diberikan oleh guru-guru darjah VI dan semua guru-guru Sekolah Ugama Katimahar.

Thursday, May 6, 2010

Sekolah Dilawat Oleh RTB


20 Jamadilawal 1431/05hb. Mei 2010-Rabu, sekolah telah dilawat oleh pihak Radio Televisyen Brunei bagi membuat rakaman Rancangan Sepanjang Jalan yang mana memfokuskan mengenai dengan tandas. Rakaman tersebut berhubungkait dengan Mirhadh. Guru-guru dan beberapa orang murid terlibat menjayakan rakaman tersebut. Pendedahan ini adalah bagi membuka minda orang ramai dan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan tandas dan menggunkannya dengan mengikut adab-adab Islam.


Pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak RTB yang mengendalikan Rancangan Sepanjang Jalan kerana berkesudian membuat lawatan serta membuat rakaman dan menyokong Program Mirhadh. Semoga dengan adanya pendedahan daripada rancangan ini akan membuka minda orang ramai bahawa sekolah ugama begitu menitik beratkan tentang keselesaan dan kebersihan tandas serta kawasan sekolah dan berkemahiran mencantikan tandas serta bangunan sekolah dengan usaha serta kreativiti guru-guru sendiri.

Program Mirhadh


19 Jamadilawal 1431/04hb. Mei 2010-Rabu, pihak sekolah telah menjalankan Program Mirhadh dengan mencantikan tandas sekolah. Di samping Program ini dijalankan ianya juga adalah sebagai persiapan bagi Lawatan daripada pihak RTB bagi membuat rakaman Rancangan Sepanjang Jalan. Fokus rakaman tersebut mengenai kepentingan menjaga kebersihan tandas.

Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Yaasin


18 Jamadilawal 1431/03hb. Mei 2010-Isnin, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Surah Yaasin yang dikhususkan bagi murid-murid yang menghadapi peperiksaan setengah tahun. Semoga murid-murid sekolah ugama katimahar khususnya akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan mendapat keberkatan daripada Allah. Kepada murid-murid Sekolah Ugama Katimahar supaya akan berusaha bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan solat serta berdoa.

Lawatan Ke Pusat Promosi Kesihatan


12 Jamadilawal 1431/27hb. April 2010-Selasa, rombongan sekolah telah membuat Lawatan Ke Pusat Promosi Kesihatan di Berakas. Murid yang terlibat adalah murid-murid darjah 4. Tujuan lawatan ini diadakan untuk mendapatkan infomasi tentang permakanan sihat dan pentingnya menjaga kesihatan.

Monday, April 26, 2010

Program Perkhemahan Motivasi Murid-Murid Darjah 6 Tahun 2010 Kali Ke 3






09-10 Jamadilawal 1431/24-25hb. April 2010-Sabtu dan Ahad, pihak sekolah telah mengadakan Program Perkhemahan Motivasi Bagi Murid-Murid Darjah 6 bagi tahun 2010M Kali Ke 3 dengan tema:MMS (Membantu Meningkatkan Semangat). Perkhemahan tersebut diadakan sehari semalam bermula hari Sabtu hingga hari Ahad dan bermalam di kawasan Sekolah Ugama Katimahar. Seramai 45 orang murid darjah 6 telah mengikuti perkhemahan tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai usaha pihak sekolah untuk membantu meningkat semangat para peserta terutama apabila menghadapi peperiksaan SSSRU pada tahun ini dan melatih diri para peserta berdikari sendiri.

Majlis penutup Program Perkhemahan Motivasi telah diadakan pada petang hari Ahad dan tetamu kehormat pada majlis tersebut Yang Mulia Ustazah Hjh Fatimah Binti Hj Abdul Ghani, Penolong Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam. Majlis tersebut diserikan dengan persembahan lagu tema daripada para peserta, ceramah motivasi khas bagi ibubapa/penjaga para peserta dan diteruskan dengan penyampaian sijil.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada:
  • Tetamu Kehormat Majlis Penutup
  • Para Pegawai Daripada Jabatan Pengajian Islam
  • Persatuan Ibubapa Guru (PIBG)
  • Jabatan Elektrik
  • Jabatan Bomba
  • Jabatan Kerja Raya Bahagian Bekalan Air
  • Polis Di Raja Brunei
  • Radio Television Brunei
  • Para Fasilitator
  • Para Penyumbang
  • Warga Sekolah Ugama Katimahar
  • Sukarelawan
  • Sesiapa yang terlibat secara langusung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut.

Lawatan Ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien

7 Jamadilawal 1431/22hb. April 2010-Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Lawatan Ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien sebagai aktiviti lawatan tahunan sekolah. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk merangsang minta murid untuk mendekatkan diri dengan masjid di samping melihat keindahan tempat suci kerana Masjid tersebut adalah di antara masjid yang terindah dari segi binaannya dan seni ukirannya.

Tuesday, April 20, 2010

Lawatan Ke Biro Mencegah Rasuah

2 Jamadilawal 1431/17hb. April 2010-Sabtu, ketua Bahagian Ko-Kurikulum Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Biro Mencegah Rasuah. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah sebagai pengetahuan kepada murid-murid tentang kesalahan dan hukuman memberi rasuah dan menerima rasuah serta memberikan saranan kepada murid untuk bersama-sama membenterasnya. Semoga dengan adanya lawatan ini akan memberikan kesan terhadap diri murid-murid pada masa akan datang untuk tidak akan cuba-cuba untuk melakukannya.

Lawatan Ke Sekolah Persediaan Arab

30 Jamadiakhir 1431/15hb. April 2010-Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan. Tujuan lawatan tersebut diadakan bagi pendedahan awal murid-murid yang mengikut peperiksaan calon ke sekolah Arab pada tahun ini, bertukar-tukar kemahiran mengenai pengajaran dan pembelajaran, mengeratkan silaturrahim dan sebagai aktiviti tahunan sekolah yang dikendalikan oleh ketua Bahagian Ko-Kurikulum Sekolah Ugama Katimahar.

Thursday, April 8, 2010

Majlis Membaca Yaasin Sempena Awal Penggal Kedua Persekolahan

13 Rabiulakhir 1431/29hb. Mac 2010-Isnin, telah diadakan Majlis Membaca Surah Yaasin Sempena Awal Penggal Kedua Persekolahan bagi mendapatkan keberkatan daripada Allah dan sentiasa berada dibawah perlindunganNya.

Peraduan Rawi Peringkat Pemilihan Kawasan Brunei III


23 Rabiulakhir 1431/08hb. April 2010-Khamis, hari ini Sekolah Ugama Katimahar selaku penganjur telah mengadakan Peraduan Rawi Peringkat Pemilihan Kawasan Brunei III. Peraduan tersebut diadakan pada sesi pagi dan sesi petang. Sebanyak 15 buah pasukan mengikutinya dan dua buah sekolah telah menarik diri. Turut hadir dalam peraduan tersebut para Pegawai Unit Ko-Kurikulum Jabatan Pengajian Islam. Tidak lupa diucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua warga Sekolah Ugama katimahar dan para hakim kerana kerjasama yang diberikan bagi menjayakan peraduan tersebut. Keputusan peraduan tersebut adalah seperti berikut:

  1. SU PAP MNB KILANAS ( 90.5 )

  2. SU PPSDR SAHIBUL BANDAR ( 81.5 )

  3. SU KATIMAHAR ( 81 )

  4. SU PMAM BENGKURONG ( 80 )

  5. SU BENGKURONG ( 79.5 )

  6. SU BENGKURONG ( 78.5 )

  7. SU RIMBA I ( 78.5 )

  8. SU BERIBI TELANAI ( 77 )

  9. SU PASUKAN ANAK-ANAK POLIS ( 75 )

  10. SU PAPAUKAI MULAUT ( 74.5 )

  11. SU TUNGKU GADONG ( 74.5 )

  12. SU BERIBI ( 74 )

  13. SU PAP MASNA ( 73 )

  14. SU MADEWA ( 72 )

  15. SU KG. KATOK, GADONG ( 66 )

Keputusan hakim adalah muktamad.

Monday, April 5, 2010

Giliran Bagi Peraduan Rawi ( Peserta Lelaki )

Peraduan Rawi Peringkat Pemilihan Kawasan Brunei III bagi peserta lelaki diadakan di Sekolah Ugama Katimahar pada 08hb. April 2010 (Hari Khamis), peraduan bermula 8.15 pagi (sesi pagi) dan bermula 1.45 petang (sesi petang) dan peraduan tersebut berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.
SESI PAGI:
  1. SU PAPAUKAI, MULAUT
  2. SU PMAM BENGKURONG
  3. SU PAPMNB, KILANAS
  4. SU BERIBI TELANAI
  5. SU TUNGKU, GADONG
  6. SU BERIBI
  7. SU PAP MASNA

SESI PETANG:

  1. SU RIMBA 1
  2. SU BENGKURONG
  3. SU KATIMAHAR
  4. SU KIARONG
  5. SU PPSDR SAHIBUL BANDAR
  6. SU MADEWA
  7. SU PASUKAN ANAK-ANAK POLIS
  8. SU KG KATOK, GADONG
  9. SU JERUDONG
  10. SU SENGKURONG

Pihak penganjur berharap kepada semua peserta supaya akan dapat datang lebih awal sebelum bermulanya peraduan terutama peserta pertama dan kedua.

Taklimat Dan Cabutan Undi Peraduan Rawi

14 Rabiulakhir 1431/30hb. Mac 2010-Selasa, penganjur Sekolah Ugama Katimahar (peserta lelaki) dan Sekolah Ugama PAP Masna (peserta perempuan) bagi Peraduan Rawi Peringkat Pemilihan Kawasan Brunei III telah mengadakan Taklimat dan Cadutan Undi bagi peraduan tersebut yang diadakan di Sekolah Ugama PAP Masna. Turut hadir pada taklimat tersebut Pegawai daripada Unit Ko-Kurikulum.

Sunday, March 28, 2010

Dunia Bergelap Seketika


11 Rabiulakhir 1431/27hb. Mac 2010-Sabtu, dunia telah bergelap seketika bagi menyertai Earth Hour yang bertujuan menangani perubahan cuaca dan sebagai bukti menangani kesan penggunaan eletrik dan pencemaran karbon terhadap pemanasan global. Di samping itu ianya dapat juga mengajar setiap manusia di dunia ini khususnya umat Islam untuk berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran kerana pembaziran adalah salah satu sifat syaitan yang dibenci oleh Allah.

Thursday, March 18, 2010

Majlis Membaca Ratibul Atthas Dan Sukan


2 Rabiulakhir 1431/18hb. Mac 2010-Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Membaca Ratibul Atthas Dan Sukan sebagai aktiviti selepas ujian bulanan pertama dan penutup sesi pembelajaran penggal pertama. Membaca Ratibul Atthas adalah sebagai permohonan kepada Allah semoga Negara Brunei Darussalam dan Sekolah Ugama Katimahar akan sentiasa dibawah perlindungan Allah dengan berkat membacanya.

Aktiviti diteruskan lagi dengan acara sukan iaitu bermain bola sepak. Acara ini diadakan adalah sebagai membangkitkan semangat untuk bersukan di kalangan murid-murid dan dengan bersukan tubuh akan menjadi lebih sehat.

Pihak sekolah tidak lupa ingin mengucapkan selamat bercuti kepada murid-murid Sekolah Ugama Katimahar sesi pagi/petang dan pihak sekolah berharap supaya murid-murid akan mengisi masa cuti dengan perkara yang berfaedah.

Wednesday, March 17, 2010

Hari Menghijau



1 Rabiulakhir 1431/17hb. Mac 2010-Rabu, pihak sekolah bersama dengan Badan Rekreasi telah mengadakan Hari Menghijau di kawasan Sekolah. Pihak sekolah telah menjemput kakitangan Jabatan Alam Sekitar, Taman Dan Rekreasi bagi tunjuk cara penanaman yang betul dan bahagian Pemantauan Program 3K juga turun padang bagi memberikan sokongan terhadap projek tersebut. Pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Alam Sekitar, Taman Dan Rekreasi kerana telah menyumbangkan bunga dan anak-anak bunga dan berkesudian menghantar kakitangan ke sekolah untuk tunjuk cara penanaman dan juga kepada Bahagian Pemantauan Program 3K kerana sudi memberikan sokongan. Hari Menghijau ini diadakan pada sesi pagi dan diteruskan ke sesi petang.

Majlis 2 dalam 1


30 Rabiulawal 4131/16hb. Mac 2010-Selasa,pihak sekolah telah mengadakan Majlis 2 dalam 1 iaitu Majlis Sambutan Maulidur Rasul Dan Majlis Mengenang Jasa. Majlis Sambutan Maulidur Rasul diisikan dengan ceramah khas yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Isham Bin Ismail iaitu penceramah daripada Pusat Dakwah. Beliau telah menyampaikan tentang akhlak Rasulullah,perjuangan Rasulullah dan amanah/wasiat yang ditinggalkanNya. Selepas ceramah diikuti dengan Dikir Marhaban.


Majlis Mengenang Jasa diadakan bagi mengenang jasa guru yang berpindah iaitu mantan guru besar iaitu Yang Mulia Cikgu Malati Binti Hj Timbul. Beliau telah bertugas sebagai guru besar disekolah ini pada tahun 2008 hingga awal tahun 2010. Semoga beliau akan dapat meneruskan perjuangan sebagai pendidik dengan jayanya. Didalam kedua-dua majlis tersebut diselitkan dengan persembahan nasyid daripada murid-murid darjah I dan persembahan slide kenangan guru yang diraikan.