Pages

Friday, November 19, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan SSSRU 2009M Dan Hadiah Cemerlang 2010M



09 Zulhijjah 1431/15hb. November 2010- Isnin, telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah 1430H/2009M Dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 1431H/2010M. Seramai 46 pelajar telah menerima sijil mereka. Pelajar Cemerlang Keseluruhan Peperiksaan SSSRU 2009M telah dinobatkan kepada NUR FADHLINA BINTI HJ MASHOOD. Tahniah diucapkan kepada penerima sijil kerana telah lulus dalam peperiksaan SSSRU dan mendapat keputusan 100% lulus. Diharap kejayaan ini akan diteruskan dan menjadi pelajar Islam yang beriman serta berjaya.

Majlis tersebut diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 1431H/2010M. Hadiah yang diterima adalah hadiah pelajar cemerlang setiap darjah, hadiah terbaik keseluruhan setiap darjah, hadiah kehadiran terbaik dan hadiah pelajar yang lulus calon ke Sekolah Arab. Penyampaian tersebut bagi pelajar Sesi Pagi dan Sesi Petang. Tahniah juga diucapkan atas kejayaan yang diperolehi dan diharapkan kejayaan ini akan diteruskan.

Tetamu kehormat dalam Majlis tersebut Yang Mulia Ustazah Dk Hjh Masrelawati@Khadijah Binti Pg Hj Mohd Said, Pegawai Pengajian Islam Brunei III. Turut hadir pada Majlis tersebut Yang Mulia Ustaz Hj Mohd Jappar Bin Hj Awg Damit, Pembantu Pegawai Pengajian Islam Brunei III. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas kesudian menjadi tetamu kehormat dalam Majlis tersebut.

Ucapan penghargaan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Msjlis ini iaitu Guru-Guru,Murid-Murid dan kakitangan Sekolah Ugama Katimahar Sesi Pagi dan Sesi Petang dan guru jemputan Cikgu Hj Mohd Jaya Bin Hj Metussin serta ibubapa/penjaga murid dan Media Massa.

No comments: