Pages

Tuesday, August 5, 2008

PERPISAHAN CIKGU NORLIANA ABDULLAH

12HB JULAI 2008 ( SABTU ) - Hari ini adalah merupakan hari terakhir Cikgu Norliana binti Abdullah bertugas di Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III. Beliau telah menerima arahan untuk berpindah tempat mengajar ke Daerah Belait.
Sekalong penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Noorliana binti Abdullah di atas jasa dan segala sumbangannya selama ia berada di Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III. Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Allah Subahanahu Wata'ala kerana pihak sekola telah berjaya mengadakan majlis bagi mengenang jasa beliau. Acara tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah kemudian Ucapan daripada Guru Besar Sekolah Cikgu Malati binti Hj Timbul manakala selepas daripada itu dipersilakan pula Cikgu Norliana binti Abdullah memberikan ucapan dan ucapan dari wakil murid Abu Zar bin Hj Mohd Ahmad.

Mengenang jasa beliau, guru besar bagi wakil pihak sekolah menyempurnakan penyampaian cendera hati kenangan kepada Cikgu Norliana binti Abdullah dan anak beliau.

No comments: