Pages

Thursday, June 12, 2008

CERAMAH JABATAN PENJARA




11hb Jun, 2008 ( Rabu ) - Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III meneruskan lagi aktiviti selepas peperiksaan setengah tahun bagi tahun 2008. Aktiviti yang mengambil tempat di dewan sekolah ialah ceramah dari Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Ceramah telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Penjara YM Zulhilmi bin Hj Bakri. Dalam ceramah itu beliau telah menyentuh dan menerangkan kepada murid-murid peranan dan tanggong jawab Jabatan Penjara.

Contoh sebatan yang dilakukan terhadap penjenayah


Hai biar betul Cikgu Hj Jaya.....Guru dan murid juga diberikan peluang menjalankan sebatan...



Di dalam kesempatan itu ramai guru dan murid mengambil kesempatan mengajukan pertanyaan yang berkaitan mengenai hukuman yang dijalankan ke atas penjenayah. Alhamdulillah pihak Jabatan Penjara telah memberikan simulasi dan tatacara penjenayah yang menerima hukuman sebat dan di sessi akhir guru dan murid diberikan peluang untuk mencuba membuat sebatan.


Ceramah berakhir dengan penyampaian cenderahati kenangan sekolah kepada Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

No comments: