Pages

Thursday, June 5, 2008

Majlis Pembakaran Kitab-Kitab agama dan Al quran

02hb Jun 2008 - Satu perjumpaan telah diadakan bagi membuat persiapan Majlis Penghapusan Kitab-Kitab Agama dan Al Quran.

05hb Jun 2008 ( Khamis ) - Majlis Penghapusan Kitab-kitab dan al quran anjuran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan doa selamat, diketuai oleh YM Cikgu Abd Razak bin Hj Md Daud.



Turut Hadir dalam Majlis ini ialah Pengarah Jabatan Pengajian Islam, YM Ustazah Hjh Kasmah binti Hj Siput, Penoong Pengarah YM Usatazah Hjh Fatimah binti Hj Abd Ghani, Wakil dari Kementerian Kewangan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sebanyak 9 buah sekolah yang telibat dalam penghapusan kitab-kitab agama dan al quran termasuklah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.


Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan


Sekolah Menengah Sulatan Muhammad Jamalul Alam



Sekolah Persedian Arab Bandar Seri Begawan, Jalan Tutong



Sekolah Ugama Sengkurong, Kawasan Brunei III


Sekolah Pengiran Anak Puteri Masna, Lambak Kanan, Brunei II


Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Jalan Tutong

Kolej Untversiti Perguruan Ugama Seri Begawan


Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III

Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, Brunei III


Sekola ugama Tanah Jambu

Satu lubang telah digali lagi bagi pembakaran Mushaf Al Quran. Bagi memelihara kesucian al quran maka semua mushaf diturunkan dan disusun dengan rapai ke dalam lubang berkenaan, setelah semua diturunakn maka pembakaran telah pun dilakukan. Alhamdulillah kira-kira jam 4.00 petang kedua-dua lubang telah pun ditimbus semula oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).


No comments: