Pages

Monday, June 9, 2008

Perjumpaan Bersama Ibubapa / Penjaga Murid Darjah VI



06hb Jun 2008 ( Juma'at ) - Perjumpaan bersama ibubapa / penjaga telah diadakan di bilik bacaan Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III. Hanya lebih kurang 11 orang ibubapa / penjaga sahaja yang hadir. Ini adalah jumlah yang amat mendukacitakan kerana murid yang akan menduduki pepariksaan seramai 39 orang.



Walauapapun aktiviti tetap diteruskan dengan dimulakan bacaan surah Al Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Abd Razak bin Hj Md Daud.

Di dalam kesempatan ini guru besar selaku pengerusi mesyuarat berharap agar setiap ibubapa / penjaga akan sama-sama memeduli akan perkembangan sekolah, akademik dan yang paling penting ialah hubungan yang baik diantara dua belah pihak. Turut hadir dalam Mesyuarat tersebut panasihat PIBG- Yang Mulia Ketua Kampong Kulapis.


Mengikut suara ramai, tarikh bagi mengadaka majlis tersebut ialah pada 31hb Julai, 2008, jam 2 petang, di Dewan Sekolah Ugama Katimahar, kawasan Brunei III. Tetamu kehormat akan ditentukan kemudian.

No comments: