Pages

Thursday, February 5, 2009

UCAPAN PENOLONG PENGARAH

YM USTAZAH HJH FATIMAH BINTI HJ ABD GHANI
PENOLONG PENGARAH PENGAJIAN ISLAM
JABATANPENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

31HB. JANUARI, 2009 ( SABTU ) -

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Majlis dan Ahli Jawatankuasa Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama Tahun 2007, Penyampaian Hadiah Pelajaran Bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2008 dan penyampaian Hadiah Murid Teladan 2007 kerana menjemput saya hadir pada petang ini di majlis yang penoh berkat ini.

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada pelajar-pelajar petang ini besar maknanya kepad pelajar dan menjadi kebanggaan kepad ibubapa. Inilah bukti segal usaha dan penat lelah pelajar-pelajar belajar dan mengulangkaji berbaloi dengan penghargaan yang diberikan oleh pihak sekolah pada majlis ini.

pelajar-pelajar yang rajin dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran dan mempunyai kehadiran yang cemerlang serta mematuhi disiplin sekolah sudah setentunya di antara ciri-ciri pelajar yang berjaya.

Diucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan bersijil dan Peperiksaan Akhir Tahun, pelajar dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang 2008, pelajar yang berjaya memasuki Sekolah Arab, kehadiran yang membanggakan dan aktif dalam kokurikulum.

Pelajar-pelajar sekalian kejayaan pelajar hari ini hendaklah dikekalkan malah hendaklah ditingkatkan lagi, teruskan usaha dengna gigih, sehingga pelajar akan terus dan terus berjaya di masa akan datang.

Kepada pelajar-pelajar yang telah tamat Darjah ci (6) dan memegang sijil ( Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama ) amal ibadat jangan diabaikan, setiasa membaca AL Quran, Jaga akhlak dan budi pekerti, penghayatan berugama mesti ada dalam diri pelajar-pelajar ianya benteng bagi menangkis hambatan-hambatan sosial yang ada di sekeliling pelajar-pelajar.

Kepada Guru Besar dan guru-guru, hendaknya biskita jangan mudah berpuashati dengan kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar biskita baik dalam peperiksaan bersijil ataupun peperiksaan dalaman sekolah, rancang usaha-usaha untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar agar peratus keputusan dalam akademik pelajar-pelajar sentiasan meningkat dari semasa kesemasa.

Dalam kesempatan ini, saya ingin kitani sama-sama memberikan perhatian dan pengelingahan yang berterusan kepada pelajar-pelajar yang kurang mahir dalam ejaan jawi dan Al Quran juga pelaksanaan kesempurnaan dalam amali ugama. Ini adalah pelajaran teras di samping pelajaran wajib dalam peperiksaan bersijil (Tauhid dan Feqah) juga mata pelajaran lain.

Untuk membenteras kelemahan dalam bacaan dan TUlisan Jawi, Guru Besar dan guru-guru perlu menyusun program-program pengkayaan kepada pelajar-pelajar berkenaan adakan kelas-kelas khas kumpul pelajar tidak mengira kelas, kalau pelajar-pelajar rendah bawah sesi awal adakan selepas jam 3.30 petan, jika pelajar sesi akhir suruh datang awal minta kebenaran ibu bapa atau selepas jam 5.00 petang. Bagi pelajar-pelajar darjah 4, 5 dan 6, guru-guru terpaksa berkorban masa dan tenaga dan segala-galanya dalam usaha memberi ilmu kepada pelajar-pelajar. Insyallah jika ianya dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur, kejayaan pasti di pihak guru-guru di samping kerjasama yangpadu dari ibu bapa pelajar.

Jika pelajar-pelajar atau murid-murid pandai dan lancar membaca jawi sudah setentunya untuk memantapkan lagi pengajaran dalam bacaan-bacaan Al Quran akan lebih mudah dan cepat.

Guru-guru juga hendaklah sentiasa menggunakan alat bantu mengajar untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan dan membantu pelajar-pelajar mengingati apa yang dipelajari. Guru-guru jangan terikat terus dengan buku, gunakan inisiaftif dan kreativiti yang ada untuk memperbagaikan modal dalam pengajaran.

Pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan perbincangan-perbincangan baik secara kumpulan atau perseorangan dalam memperkatakan atau menghuraikan isi pelajaran yang telah dipelajari ini boleh membantu pelajar dalam memberikan hujah dan dapat menjawab soalan-soalan khususnya dalam peperiksaan dengan lebih baik tidak terikat dengan apa yang ada dalam kitab-kitab semata-mata.

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Guru Besar, Guru-guru dan pelajar-pelajar kerana berjaya mengandalikan majlis ini dan akhirnya diucapkan

وبالله توفق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




No comments: