Pages

Sunday, February 22, 2009

SAMBUTAN KEMERDEKAAN JUBLI PERAK@SUKAM



21HB. FEBRUARI, 2009 ( SABTU ) - Alhamdulillah sekolah juga tidak ketinggalan mengadakan aktiviti menaikkan bendra dan menyanyikan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam "Allah Peliharakan Sultan". Aktiviti tersebut diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Kemerdekaan yang diketuai oleh Ketua Prefek Sekolah Mohd Rusydi bin Hj Morsidi.
Lagu tema "Kedewasaan Bernegara" juga turut dinyanyikan bersama diiringi dengan musik. Aktiviti ini adalah merupakan usaha sekolah dalam menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dalam melahirkan bangsa yang cintakan negara. Penerapan awal adalah daripada institusi pendidikan. Institusi pendidikan merupakan satu tempat yang sesuai untuk menanamkan semangat patriotik kebangsaan bernegara.

No comments: