Pages

Sunday, February 1, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL








31HB. JANUARI, 2009 ( SABTU ) - Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI tahun 2007 telah diadakan. Majlis diselajurkan dengan penyampaian hadiah cemerlang peperiksaan akhir tahun 2008, kehadiran terbaik, calon ke sekolah arab dan pelajar contoh.



Majlis dimulakan dengan bacaan Al Quran / surah Al Fatihah oleh salah seorang murid sekolah Wafiy bin Hj Morsidi. Ucapan pengerusi membuka tirai dengan memberikan ucapan penghargaan kepada tetamu kehormat YM Ustazah Hjh Fatimah binti Hj Abd Ghani, jemputan-jemputan khas, pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam dan ibubapa/penjaga. Pengerusi mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada murid-murid darjah VI 2007 kerana telah berjaya menamatkan persekolahan ugama.


Majlis pada petang itu diserikan oleh persembahan Nasyid daripada murid-murid darjah I dengan Nasyid mereka Nurul Mustafa. Majlis disambung dengan penyampaian hadiah cemerlang pelajaran kepada murid yang berjaya mendapat tempat pertam, kedua dan ketiga semasa peperiksaan akhir tahun 2008 dan kehadirah terbaik. Sementara murid yang berjaya masuk ke Sekolah Persediaan Arab tidak dilupakan juga turut menerima hadiah sumbangan sekolah sendiri. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat wakil daripada Ketua Murid Sekolah Ugama Katimahar..-31.01.08


No comments: