Pages

Sunday, February 1, 2009

PERJUMPAAN IBUBAPA / PENJAGA MURID DARJAH VI

IBUBAPA/PENJAGA DIBERIKAN PELUANG UNTUK MEMBUAT TARGET KEPUTUSAN BAGI ANAK MEREKA YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SSSRU 2009
SEBAHAGIAN IBUBAPA/PENJAGA YANG HADIR


13HB. JANUARI, 2009 (SELASA )- Badan Akademik Sekolah Ugama Katimahar Kawasan Brunei III telah mengadakan Perjumpaan ibubapa/penjaga murid darjah VI yang akan menduduki peperiksaan PSSSRU pada penghujung tahun ini. Di dalam kesempatan tersebut guru wakil guru darjah VI Cikgu Hjh Rosnani binti Hj Abas telah menerangkan mengenai matapelajaran darjah VI dan cara pengredan ( keputusan ) peperiksaan darjah VI.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan bacaan surah alfatihah dan ucapan guru besar sekolah. Guru Besar sekolah mengambil kesempaatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa/penjaga kerana meluangkan masa hadir ke majlis prjumpaan petang itu dan mengharapkan kometmen akan dapat terus diberikan dari masa ke semasa.

Cikgu Hjh Rosnani menjelaskan tujuan perjumpaan ini diadakan bukanlah bertujuan mengajar ibubapa/penjaga untuk membuat pilihan terhadap subjek yang tertentu sahaja akan tetapi membuat penerangan awal agar ibubapa/penjaga mengambil berat mengenai pembelajaran anak-anak mereka, pengamalan terhadap ilmu yang diajarkan amatlah diharap oleh pihak sekolah malahan kerajaan juga turut sama ingin melihat generasi negara ini memilih islam sebagai cara hidup tambah beliau.

Cikgu Mohd Rijal selaku guru desiplin juga mengambil kesempatan menerangkan mengenai desiplin sekolah dan mengharap agar pihak ibubapa/penjaga perlu peka terhadap anak-anak mereka seperti merokok, mewarna rambut, membawa mobile ke sekolah dan sebagainya.
Cikgu Emran bin Hj Abd Rani membuat penerangan mengenai perkhemahan motivasi bagi murid darjah VI tahun 2009 insyallah akan diadakan pada penghujung bulan mac atau awal bulan April dengan bayaran setiap murid sebanya BND60.00.
Pemedulian yang berterusan perlu diberikan kepada-kanak di zaman global ini kerana kita berhadapan dengan pelbagai cobaan dan cabaran, pengaruh-pengaruh barat yang boleh mengoyang akidah juga turut terus dirasai ujar penolong guru kaunseling Cikgu Hj Mohamad Jaya bin Hj Metussin.
Di akhir sessi perjumpaan tersebut ibubapa/penjaga diberikan peluang untuk membuat kata-kata motivasi khas untuk anak-anak mereka ( Wasiat Kecemerlangan ).

No comments: