Pages

Tuesday, January 20, 2009

EHWAL SSSRU SUKAM 2008


21HB NOVEMBER 2008 - Peperiksaan Sekolah-Sekolah Rendah Ugama darjah VI dijalankan sehingga 29hb November 2008. Sebelum menduduki peperiksaan murid-murid juga diberikan kelas tambahan di rumah guru mahupun di sekolah sewaktu cuti awam. ( Juma'at dan Ahad ).
Alhamdulillah pihak sekolah merasa bersyukur dan berterima kasih kepada ibubapa dan penjaga murid kerana telah dapat memberikan kometment yang tinggi bagi menghantar dan mengambil anak-anak mereka di rumah guru yang terletak di Kg Katimahar mahupun di sekolah pada bukan waktu sekolah.
Mudah-mudahan usaha ini akan dapat memberikan hasil yang berbaloi. Semoga allah memberkati usaha-usaha sedemikian.

Suasana peperiksaan berjalan di Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III.
SEMOGA BERJAYA KEPADA MURID-MURID DARJAH VI TAHUN 2008 SEKOLAH UGAMA KATIMAHAR, KAWASAN BRUNEI III DAN SEMOGA MENJADI ANAK BANGSA YANG BERILMU, BERIMAN DAN BERAKHLAK MULIA....AMIN....





No comments: