Pages

Monday, February 14, 2011

Peraduan Dikir Syarafil Anam


07 Rabiulawal 1432H/10hb. Februari 2011M-Khamis, telah diadakan Peraduan Dikir Syarafil Anam Peringkat Pemilihan Bagi Kawasan Brunei III (Bahagian Lelaki) di Dewan Sekolah Ugama Katimahar. Peraduan diadakan dua sesi iaitu sesi pagi (11 pasukan) dan sesi petang (9 pasukan). Hadir pada peraduan tersebut Pegawai Pengajian Islam Brunei III Yang Mulia Ustazah Dk Hjh Masrelawati@Khadijah Binti Pg Hj Mohd Said serta para Pegawai Bahagian Ko-Kurikulum Jabatan Pengajian Islam. Peraduan tersebut telah dimenangi oleh Sekolah Ugama Anak-Anak Polis Diraja. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pegawai Pengajian Islam Brunei III kerana sudi hadir serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan kepada para pegawai daripada Bahagian Ko-Kurikulm dan juga para hakim. Tidak lupa juga diucapakan penghargaan terima kasih kepada guru-guru serta kakitangan sekolah yang memberikan kerjasama yang padu bagi menjayakan peraduan tersebut.

Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam

02 Rabiulawal 1432H/05hb. Februari 2011M-Sabtu, bagi memperingati kelahiran junjungan besar kita Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, pihak sekolah melalui bahagian Amali Agama telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam di Dewan Sekolah Ugama Katimahar. Majlis ini diadakan sebagai memperingati kelahiran Baginda dan rasa kasih sayang umat Islam terhadap Baginda serta memperingati pengorbanan Baginda dalam menegakkan Agama Islam. Tema tahun ini: Membina Saksiah Dengan Ajaran Rasulullah.

Program 3k


29 Safar 1432H/03hb. Februari 2011M-Khamis, telah diadakan Program 3k bagi mencantikan suasana sekolah. Beberapa jenis pohon bunga telah ditanam dikawasan sekolah. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada guru-guru serta kakitangan sekolah kerana memberikan kerjasama yang padu terhadap sekolah, terutama dalam menjalankan program 3k.

Majlis Perlantikan Pengawas Murid Dan Mirhadh


26 Safar 1432H / 31hb. Januari 2011M-Isnin, Majlis Perlantikan Pengawas Murid Dan Mirhadh telah diadakan di Dewan Sekolah Ugama Katimahar bagi sesi pagi dan sesi petang. Perlantikan tersebut bertujuan sebagai melatih diri murid menjadi seorang pemimpin,membantu guru-guru dan sebagainya bagi kemajuan dan keharmonian sekolah.

Taklimat Dan Undian


24 Safar 1432H / 29hb. Januari 2011-Sabtu, telah diadakan Majlis Taklimat Dan Undian Bagi Peraduan Dikir Peringkat Pemilihan Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III (Bahagian Lelaki). Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengerusi Peraduan Cikgu Hjh Noraidah Binti Hj Kula, Guru Besar Sekolah Ugama Katimahar. Turut menyampaikan sesi taklimat Ketua Projek Peraduan Jabatan Pengajian Islam iaitu Hj Junidi Bin Hj Baha. Selepas sesi taklimat diteruskan dengan sesi undian. Seramai 20 buah Sekolah-Sekolah Ugama di Kawasan Brunei III yang mengikuti peraduan tersebut dan 4 buah sekolah menarik diri atas sebab-sebab yang tertentu.