Pages

Friday, November 19, 2010

Takbir Hari Raya Aidiladha


12 Zulhijjah 1431/18hb. November 2010-Khamis, telah diadakan Majlis Bertakbir Hari Raya Aidiladha. Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Zohor dan diteruskan dengan Takbir Hari Raya yang dimulakan oleh Guru-Guru dan kemudian murid-murid. Dikesempatan ini pihak sekolah ingin megucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan SSSRU 2009M Dan Hadiah Cemerlang 2010M



09 Zulhijjah 1431/15hb. November 2010- Isnin, telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah 1430H/2009M Dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 1431H/2010M. Seramai 46 pelajar telah menerima sijil mereka. Pelajar Cemerlang Keseluruhan Peperiksaan SSSRU 2009M telah dinobatkan kepada NUR FADHLINA BINTI HJ MASHOOD. Tahniah diucapkan kepada penerima sijil kerana telah lulus dalam peperiksaan SSSRU dan mendapat keputusan 100% lulus. Diharap kejayaan ini akan diteruskan dan menjadi pelajar Islam yang beriman serta berjaya.

Majlis tersebut diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 1431H/2010M. Hadiah yang diterima adalah hadiah pelajar cemerlang setiap darjah, hadiah terbaik keseluruhan setiap darjah, hadiah kehadiran terbaik dan hadiah pelajar yang lulus calon ke Sekolah Arab. Penyampaian tersebut bagi pelajar Sesi Pagi dan Sesi Petang. Tahniah juga diucapkan atas kejayaan yang diperolehi dan diharapkan kejayaan ini akan diteruskan.

Tetamu kehormat dalam Majlis tersebut Yang Mulia Ustazah Dk Hjh Masrelawati@Khadijah Binti Pg Hj Mohd Said, Pegawai Pengajian Islam Brunei III. Turut hadir pada Majlis tersebut Yang Mulia Ustaz Hj Mohd Jappar Bin Hj Awg Damit, Pembantu Pegawai Pengajian Islam Brunei III. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas kesudian menjadi tetamu kehormat dalam Majlis tersebut.

Ucapan penghargaan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Msjlis ini iaitu Guru-Guru,Murid-Murid dan kakitangan Sekolah Ugama Katimahar Sesi Pagi dan Sesi Petang dan guru jemputan Cikgu Hj Mohd Jaya Bin Hj Metussin serta ibubapa/penjaga murid dan Media Massa.

Thursday, November 11, 2010

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan


05 Zulhijjah 1431/11hb. November 2010- Khamis, telah diadakan Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan bagi Peperiksaan Akhir Tahun. Di samping itu, ibubapa/penjaga murid berpeluang berbincang bersama guru perihal pembelajaran anak-anak mereka. Pihak sekolah tidak lupa merakamkan penghargaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan majlis tersebut demi kebaikan dan kemajuan pembelajaran murid-murid Sekolah Ugama Katimahar. Majlis ini diadakan dua sesi iaitu murid-murid yang belajar pada sesi pagi diadakan waktu pagi dan waktu petang bagi murid-murid yang belajar pada sesi petang.

Lawatan Ke Pusat Sejarah

29 Zulkaedah 1431/06hb. November 2010- Sabtu, aktiviti lawatan diteruskan dengan Lawatan Ke Pusat Sejarah. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid Darjah 4, 5 dan 6. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih di atas penerimaan rombongan lawatan daripada sekolah.

Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Surah Yaasin


27 Zulkaedah 1431/04hb. November 2010- Khamis, telah diadakan Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Surah Yaasin bagi memohon kepada Allah untuk kejayaan kepada murid-murid darjah 6 yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah pada tahun ini. Semoga apa yang dihajatkan akan diterima dan dimakbulkan oleh Allah. Pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak Masjid Kg. Katimahar di atas kerjasama yang diberikan dengan mengetuai majlis tersebut.

Lawatan Ke Pusat Da'wah


27 Zulkaedah 1431/04hb. November 2010- Khamis, siri lawatan diteruskan lagi dengan Lawatan Ke Pusat Da'wah. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid Darjah Dua dan Tiga. Dalam lawatan tersebut rombongan diberikan taklimat dan menjawab soalan yang dianjurkan oleh Pusat Da'wah. Selepas taklimat diberikan rombongan dibawa melawat ke bilik pameran yang mana memberikan pengetahuan mengenai perkara yang ditegah, yang diharamkan, menyaksikan Kain Ka'bah, sejarah dan sebagainya. Daripada lawatan tersebut pihak sekolah tidak lupa ingin merakamkan penghargaan terima kasih.

Lawatan Ke Jabatan Mufti


26 Zulkaedah 1431/03hb. November 2010- Rabu, diteruskan lagi aktiviti Lawatan Ke Jabatan Mufti. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid Darjah Satu dan Tiga. Dalam lawatan tersebut murid-murid berpeluang menyaksikan pameran dan mendengar taklimat daripada pegawai yang bertugas di Jabatan tersebut serta murid-murid juga berpeluang mendapatkan hadiah dengan menjawab soalan yang diajukan. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan terima kasih diatas layanan yang diberikan dan menerima lawatan pihak sekolah.

Lawatan Ke Alat-Alat Kebesaran Di Raja

25 Zulkaedah 1431/02hb. November 2010- Selasa, telah diadakan Lawatan Ke Alat-Alat Kebesaran Di Raja sebagai aktiviti tahunan Bahagian ko Kurikulum selepas selesainya peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid Darjah Pra.