Pages

Sunday, October 10, 2010

Majlis Solat Sunat Hajat Dan Membaca Surah Yaasin

28 Syawal 1431/07hb. Oktober 2010-Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat dan Membaca Surah Yaasin bagi memohon kejayaan kepada Allah khususnya murid-murid Sekolah Ugama Katimahar bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun 2010.

Sesi Motivasi


26 Syawal 1431/05hb. Oktober 2010- Selasa, telah diadakan sesi motivasi bagi murid-murid darjah 4 dan 5 sebelum mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun. Sesi motivasi telah disampaikan oleh guru kaunseling sekolah Cikgu Emran Bin Hj Abd Rani. Sesi ini diadakan adalah sebagai inisiatif sekolah bagi meningkatkan motivasi pelajar untuk berjaya dengan cemerlang ketika menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Sunday, October 3, 2010

Majlis 2 dalam 1 Sesi Petang



18 Syawal 1431/27hb. September 2010- Isnin, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Dan Sambutan Hari Raya sebagai memperingati sambutan hari guru dan memeriahkan suasana hari raya. Majlis pada hari tersebut telah dijayakan dan dipersembahkan oleh murid-murid. Majlis diakhiri dengan majlis bersalam-salaman dan berkunjung berhari raya ke bilik darjah terbuka yang dihias dalam suasana hari raya oleh para guru dan murid. Pihak sekolah ingin merakamkan terima kasih kepada murid-murid sekolah ugama katimahar sesi pagi dan petang kerana telah berjaya mengungkayahkan Majlis Sambutan Hari Guru Dan Sambutan Hari Raya.

Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya Sesi Pagi


16 Syawal 1431/25hb. September 2010-Sabtu, persekolahan sesi pagi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya sempena mengenang jasa guru dan memeriahkan lagi suasana hari raya. Majls tersebut telah diungkayahkan bersama murid-murid sebagai tanda terima kasih murid-murid kepada para guru dan mereka mempersembahkan pementasan hasil karya para murid. Majlis diakhiri dengan sesi bilik darjah terbuka sempena hari raya.

Selamat Hari Guru


14 Syawal 1431/23hb. September 2010-Khamis, adalah sebagai tarikh memperingati jasa guru dan tema hari guru pada tahun ini: Guru Gemilang Pelajar Cemerlang. Sempena Hari Guru tersebut pihak sekolah telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Bertahlil bagi memohon kepada Allah semoga para guru dilimpahkan kurnia rahmat.

Majlis Membaca Surah Yaasin

11 Syawal 1431/20hb. September 2010-Isnin, telah diadakan Majlis Membaca Surah Yaasin sempena pembukaan sesi pengajaran dan pembelajaran setelah cuti penggal ketiga bagi memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah.