Pages

Thursday, February 25, 2010

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke 26



10 Rabiulawal 1431/24hb. Februari 2010-Rabu,pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke 26 iaitu pada sesi pagi dan sesi petang. Majlis berlangsung di kawasan lapang Sekolah Ugama Katimahar. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, lagu kebangsaan,ucapan guru besar,bacaan ikrar,mendendang lagu kemerdekaan,laungan Takbir sebanyak 3 kali dan diakhiri dengan berjalan kaki sekitar sekolah sambil melambaikan bendera. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk melahirkan rasa cinta terhadap negara,membangkitkan semangat kemerdekaan dan memperingati pejuang kemerdekaan.

Tuesday, February 23, 2010

Majlis Doa Kesyukuran Dan Berdikir


8 Rabiulawal 1431/22hb. Februari 2010-Isnin, pihak sekolah telah mengadakan majlis bersama takmir Masjid Kg Katimahar iaitu Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan Ke 26 (Tema:Negaraku Brunei Darussalam) dan Berdikir. Majlis berlangsung di Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien Kg Katimahar. Acara bermula dengan solat Fardhu Maghrib berjemaah, solat Sunat Hajat, membaca Surah Yaasin, membaca Doa Kesyukuran, berdikir dan diakhiri dengan solat berjemaah Fardhu Isya. Rombongan daripada sekolah adalah terdiri daripada guru-guru dan murid-murid. Dalam majlis tersebut rombongan sekolah telah mengepali Dikir Assalamualaika dan murid mempersembahkan alunan tausyeh. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mendekatkan diri murid-murid dengan masjid, pendedahan terhadap masyarakat, mengasah bakat berdikir dan tausyeh serta mengeratkan hubungan diantara warga sekolah dengan ahli takmir masjid dan penduduk kampung.

Saturday, February 20, 2010

Taklimat Bersama Nazir


6 Rabiulawal 1431/20hb. Februari 2010-Sabtu, pegawai daripada Bahagian Kenaziran telah memberikan taklimat kepada guru-guru Sekolah Ugama Katimahar iaitu Hj Metussin Bin Hj Hidup, Hj Salleh Bin Hj Bini dan Hj Mohammad Bin Hj Safar. Taklimat yang disampaikan adalah mengenai dengan persediaan mengajar dan pengajaran Al-Quran. Tujuan taklimat diadakan adalah bagi mengemaskinikan persediaan mengajar dan mendapatkan teknik pengajaran Al-Quran yang berkesan terutama Al-Quran kategori Dal. Semoga hasil daripada taklimat tersebut akan dapat memberikan sumber inspirasi kepada guru-guru untuk memberikan pengajaran yang lebih berkesan dan dapat memajukan kecemerlangan murid-murid dalam pembelajaran mereka.

Thursday, February 18, 2010

Peraduan Dikir Syarafil Anam

4 Rabiulawal 1431/18hb. Februari 2010-Khamis, Sekolah Ugama Katimahar telah menghantar dua pasukan dikir ( Lelaki Dan Perempuan ) bagi peraduan Dikir Syarafil Anam peringkat pemilihan bagi kawasan Brunei III yang berlangsung di Sekolah Ugama Beribi. Peraduan tersebut adalah sebagai mencungkil bakat murid-murid dalam berdikir di samping sebagai pendedahan mereka apabila berhadapan dengan orang ramai dan memberikan pengajaran serta pengalaman yang berguna untuk masa hadapan mereka.

Tuesday, February 16, 2010

Majlis Berzikir Sempena Menyambut Kedatangan Maulidurrasul


2 Rabiulawal 1431/16hb. Februari 2010-Selasa, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Berzikir Sempena Menyambut Kedatangan Maulidurrasul. Majlis berlangsung di dewan Sekolah Ugama Katimahar. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai memperingati perjuangan Rasulullah dan sebagai kasih kita kepadaNya serta memberikan kesan yang mendalam terhadap murid-murid untuk menjadikan Rasulullah sebagai idola ikutan dan supaya murid-murid sentiasa ingat untuk berselawat keatasNya.

Facebook SU KATIMAHAR

Salam diperkenalkan satu lagi medium baru untuk mendekatkan dan mengeratkan hubungan silaturrahmi dan juga diharapkan dapat memberikan nilai tambah kepada sesiapa sahaja pengunjung. Ini adalah salah satu media interaktif yang paling popular dekad ini, justeru itu gunakanlah dengan sebaik mungkin.

INGAT media IT tidak mempunyai apa-apa perasaan tetapi INSAN mempunyai perasaan dan akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT, hargailah apa yang dianugerahkan ini.


http://www.facebook.com/pages/SU-KATIMAHAR/312257418559?ref=ts

Saturday, February 13, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan SSSRU 2008M Dan Penyampaian Hadiah Cemerlang 2009M



28 Safar 1431/13hb. Februari 2010-Sabtu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan SSSRU 2008M Dan Penyampaian Hadiah Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 2009M. Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Ustaz Hj Ismail Bin Hj Abd Manap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap,Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar. Seramai 39 orang murid yang menerima sijil dan buat pertama kalinya Sekolah Ugama Katimahar mencapai keputusan 100% lulus peperiksaan SSSRU 2008M dan pada tahun 2009M sekali lagi Sekolah Ugama Katimahar mencapai keputusan 100% lulus peperiksaan SSSRU. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada peserta yang telah berjaya serta menerima sijil dan juga kepada murid-murid yang menerima hadiah cemerlang peperiksaan akhir tahun 2009M. Semoga dengan adanya majlis ini akan dapat membangkit lagi semangat murid-murid untuk mencapai keputusan cemerlang. Kepada peserta penerima sijil, pihak sekolah berharap supaya akan dapat mengamalkan apa yang dipelajari terutamanya terhadap suruhan Allah dan menjauhi laranganNya bagi mendapat keredhaanNya. Ucapan setinggi penghargaan terima kasih kepada tetamu kehormat majlis dan kepada guru-guru dan kakitangan Sekolah Ugama Katimahar kerana bersama-sama menjayakan majlis tersebut.

Tuesday, February 9, 2010

Majlis Sambutan Tahun Baru Hijrah 1431H


24 Safar 1431/09hb. Februari 2010-Selasa, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Tahun Baru Hijrah 1431 dengan membaca surah Yaasin bagi memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah pada tahun baru ini. Majlis ini diadakan bagi memperingati penghijrahan Rasulullah dan semoga kitani juga ikut berhijrah ke arah yang lebih baik supaya segala yang kita lakukan mendapat keredhaan daripada Allah.

Majlis Perlantikan Pengawas Murid Dan Mirhadh Bagi Tahun 2010M





24 Safar 1431/09hb. Februari 2010-Selasa, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perlantikan Pengawas Murid Dan Mirhadh Bagi Tahun 2010. Adapun tujuan lantikan tersebut adalah sebagai pembantu bagi guru-guru untuk mengawas murid-murid dan menjaga kebersihan tandas (bagi Mirhadh) dan sebagai latihan kepada diri murid yang dilantik untuk memimpin teman seperjuangan ke arah mendisiplinkan diri serta bersama-sama ke arah mencapai kecemerlangan sekolah dan akademik. Seramai 20 orang murid dilantik sebagai pengawas murid dan 10 orang murid dilantik sebagai pengawas Mirhadh (bagi sesi petang), manakala 8 orang dilantik sebagai pengawas murid dan 6 orang murid dilantik sebagai pengawas Mirhadh (bagi sesi pagi).

KEMPEN KEINDAHAN


20 Safar 1431/05hb. Februari 2010-Jumaat, pihak sekolah telah mengadakan kempen keindahan di kawasan Sekolah Katimahar. Kempen ini adalah kesinambungan daripada program 3K. Kempen tersebut dilakukan daripada kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah. Di samping daripada berkempen ianya juga dapat mengerat hubungan di antara guru-guru.

Monday, February 1, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SSSRU 2009

16 Safar 1431/01hb. Februari 2010-Isnin, keputusan peperiksaan SSSRU 2009 telah dikeluarkan. Alhamdulillah Sekolah Ugama Katimahar telah mencapai keputusan 100% lulus. Sehubungan dengan ingin pihak sekolah ingin mengucapkan TAHNIAH kepada murid-murid darjah VI 2009 dan guru-guru Sekolah Ugama Katimahar kerana dapat mmencapai kelulusan yang membanggakan. Tidak lupa juga ucapan TAHNIAH kepada ibubapa/penjaga murid darjah VI 2009 yang telah sama-sama memantau pembelajaran anak-anak abiskita. Semoga kejayaan ini akan berterusan dan mendapat keberkatan daripada Allah.