Pages

Sunday, January 17, 2010

Pendaftaran Dan Kemasukan Murid-Murid Baru Darjah Pra 2010M




20 Muharram 1431H/06hb. Januari 2010M- Rabu, pendaftaran dan kemasukan murid baru darjah pra 2010M telah diadakan. Pendaftaran dimulakan dengan sessi taklimat bersama ibubapa/penjaga murid yang disampaikan oleh guru besar. Selepas taklimat ibubapa/penjaga murid dibawah masuk ke bilik darjah murid-murid baru darjah pra bagi sesi beramah mesra bersama guru darjah dan diteruskan dengan pembayaran yuran sekolah. Apa yang diharapkan oleh pihak sekolah adalah kerjasama ibubapa/penjaga murid untuk bersama-sama memantau pembelajaran mereka demi kemajuan dalam pembelajaran mereka disamping bimbingan daripada guru-guru.

Majlis Membaca Yaasin Sempena Buka Sekolah Dan Tahun Baru Hijrah Dan Masihi 1431H/2010M

18 Muharram 1431/04hb. Januari 2010-Isnin, Sekolah-Sekolah di buka dan sesi persekolahan penggal pertama bermula. Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Majlis Membaca Yaasin Sempena Buka Sekolah Dan Tahun Baru Hijrah Dan Masihi. Majlis ini diadakan bagi memohon Kehadrat Allah semoga tahun ini akan lebih mencapai kecemerlangan bagi pembelajaran murid-murid dan dapat memajukan mutu kerja bagi guru-guru. Semoga apa yang dipohonkan akan dimakbul oleh Allah dan Sekolah Ugama Katimahar khususnya dan Negara Brunei Darussalam amnya akan sentiasa dibawah perlindunganNya. Untuk makluman bersama pada tahun ini juga Sekolah Ugama Katimahar telah membuka dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang.