Pages

Saturday, September 12, 2009

Majlis Khatam Al-Quran Dan Penyerahan Derma Kepada Anak-Anak Yatim















12.09.2009/22 Ramadhan 1430-Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Dan Penyerahan Derma Kepada Anak-Anak Yatim. Majlis ini adalah aktiviti tahunan sekolah dalam bulan Ramadhan. Semoga majlis tersebut mendapat keberkatan daripada Allah, lebih-lebih lagi berada di dalam bulan Ramadhan. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.

Wednesday, September 9, 2009

Majlis Bertadarus Di Masjid Seri Paduka Sultan Omar Ali Saifuddien Kg. Katimahar.
















09.09.2009/19 Ramadhan 1430-Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan Majlis Bertadarus Di Masjid Seri Paduka Sultan Omar Ali Saifuddien Kg. Katimahar sempena Bulan Ramadhan. Acara dimulakan dengan solat Zohor berjemaah, Solat Sunat Hajat dan diteruskan dengan bertadarus.

Mendapat Tempat Ketiga Dalam Peraduan Akhir Tahlil Senegara Ke 17




09.09.2009/19 Ramadhan 1430-Pasukan Lelaki Sekolah Ugama Katimahar yang mewakili Kawasan Brunei III ke peringkat akhir peraduan tahlil senegara telah mendapat tempat ketiga. Pihak Sekolah sekali lagi tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta lelaki yang terlibat iaitu: Mohd Rusydi, Ak.Abd. Qawi, Kahirul Hisyam, Sulaiman dan Amirul Husna kerana mendapat tempat ketiga dan dapat mengharumkan nama sekolah khususnya dan kawasan Brunei III amnya. Semoga sumbangan yang diberikan akan mendapat keberkatan daripada Allah, lebih-lebih lagi berada di bulan Ramadhan. Peraduan diadakan di Sekolah Ugama Beribi.

Johan Peraduan Tahlil Peringkat Pemilihan Brunei III ( Lelaki )















5.09.2009/15 Ramadhan 1430-Pasukan Lelaki Dari Sekolah Ugama Katimahar telah menjadi Johan dalam Peraduan Tahlil Peringkat Pemilihan Sekolah-Sekolah Ugama Brunei III dan akan meneruskan pertandingan di Peringkat Akhir Peraduan Tahlil Senegara. Pihak Sekolah tidak lupa ingin mengucapkan Tahniah kerana dapat mengharumkan nama sekolah kepada murid-murid yang terlibat iaitu: Mohd. Rusydi, Ak.Abd. Qawi, Khairul Hisyam, Sulaiman dan Amirul Husna, Walaupun persiapan dibuat disaat-saat akhir. Semoga apa yang disumbangkan akan mendapat keberkatan daripada Allah. Peraduan diadakan di Sekolah Ugama Beribi Telanai.

Membersihkan Tanah Perkuburan Dan Bertahlil




























20.08.2009/29 Syaaban 1430-Pihak Sekolah Ugama Katimahar telah mengadakan aktiviti membersihkan tanah perkuburuan di Kg. Katimahar. Aktiviti ini dibuat setiap tahun sebelum masuknya bulan Ramadhan. Tujuan aktiviti ini juga adalah bagi menanamkan sikap bergotong-royong dan berkerjasama dikalangan guru dan murid dan dapat memberikan peringatan pada diri setiap muslim tentang kematian. Aktiviti diakhiri dengan majlis bertahlil.