Pages

Sunday, February 22, 2009

SAMBUTAN KEMERDEKAAN JUBLI PERAK@SUKAM



21HB. FEBRUARI, 2009 ( SABTU ) - Alhamdulillah sekolah juga tidak ketinggalan mengadakan aktiviti menaikkan bendra dan menyanyikan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam "Allah Peliharakan Sultan". Aktiviti tersebut diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Kemerdekaan yang diketuai oleh Ketua Prefek Sekolah Mohd Rusydi bin Hj Morsidi.
Lagu tema "Kedewasaan Bernegara" juga turut dinyanyikan bersama diiringi dengan musik. Aktiviti ini adalah merupakan usaha sekolah dalam menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dalam melahirkan bangsa yang cintakan negara. Penerapan awal adalah daripada institusi pendidikan. Institusi pendidikan merupakan satu tempat yang sesuai untuk menanamkan semangat patriotik kebangsaan bernegara.

Tuesday, February 17, 2009

KEPUTUSAN PERADUAN MEMBACA AL QURAN

KEPUTUSAN PERADUAN KATEGORI 'A' LELAKI
  1. SU KATIMAHAR
  2. SU RIMBA I
  3. SU PAP MNB KILANAS
  4. SU PM ABD MALIK BENGKURONG
  5. SU SU BERIBI
  6. SU RIMBA II
  7. SU SU PAPAUKAI MULAUT
  8. SU SU SENGKURONG
  9. SU ANAK-ANAK POLIS DIRAJA BRUNEI
  10. SU SURAU KIULAP
  11. SU MADEWA
  12. SU ANTARABANGSA JERUDONG (JIS)
  13. SU SAYYIDINA HUSSAIN JERUDONG
  14. SU JERUDONG
  15. SU TUNGKU GADONG
  16. SU PAP MASNA
  17. SU BENGKURONG

KEPUTUSAN KATEGORI 'A' BAHAGIAN PEREMPUAN

  1. SU KATIMAHAR
  2. SUAMPRIPAD
  3. SEKOLAH PERSEDIAN ARAB BSB
  4. SU SURAU KIULAP
  5. SU PAPAUKAI MULAUT
  6. SU SENGKURONG
  7. SU BERIBI
  8. SU ANAK-ANAK POLIS DIRAJA BRUNEI
  9. SU BENGKURONG
  10. SU RIMBA II
  11. SU TUNGKU GADONG
  12. SU PAP MNB KILANAS
  13. SU ANTARABANGSA JERUDONG (JIS)
  14. SU SAYYIDINA HUSSAIN JERUDONG
  15. SU PM ABD MALIK BENGKURONG

Keputusan penuh akan diedar ke setiap sekolah insyallah Hari Khamis 19hb. Februari 2009

PERADUAN MEMABCA AL QURAN DISAMBUNG LAGI

Kedua-dua bahagian dijuarai oleh Seolah Ugama Katimahar Kawasan Brunei III



16HB. FEBRUARI 2009 ( ISNIN ) - Peraduan membaca Al Quran peringkat pemilihan kategori A disambung lagi bahagian perempuan. Seramai 18 orang perserta telah mempersambahkan baccan mereka.

Keputusan peraduan telah diumukan oleh Pengerusi Hakim YM Cikgu Hj Mohamad Aslenan bin Hj Metussin. Juara bahagian lelaki jatuh kepada Mohd wafy bin Hj Morsidi sementara Nurul Ni'matul Yani binti Hj Mahmud telah muncul Juara bahagian perempuan.

Penyampaian Sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai dari Unti Ko Kurikulam dan Pelajaran Lanjutan YM Ustaz Hj Rosli bin Hj Batang.

Monday, February 16, 2009

PERADUAN MEMBACA AL QURAN



14HB FEBRUARI 2009 ( SABTU ) - Peraduan Membaca Al Quran Peringkat Pemilihan Kategori 'A' Persekolahan Ugama Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam ( Bahagian Lelaki ). Seramai 17 orang telah menyertai dan mewakili sekolah masing-masing bagi kawasan Brunei III. Sekolah telah menghantar wakil dalam kategori ini beliau ialah Mohd Wafiy bin Hj Morsidi murid darjah V Ba. Peraduan akan diteruskan lagi pada 16hb Februari 2009 bagi kategori yang sama bahagian perempuan...

Saturday, February 7, 2009

KEPUTUSAN SSSRU 2008

05HB. FEBRUARI, 2009 ( KHAMIS ) - Alhamdulillah Sekolah Ugama Katimahar Kawasan Brunei III telah mendapat 100% lulus, 24 orang murid mendapat pangkat I semantara 10 orang mendapat pangkat II dan 5 orang murid mendapat pangkat III

GURU DARJAH VI TAHUN 2008

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU-GURU
DARJAH VI 2008
&
UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS DARI GURU-GURU SEKOLAH UGAMA KATIMAHAR, BRUNEI III KEPADA MURID-MURID DARJAH VI TAHUN 2008M


Friday, February 6, 2009

KEMPEN KEBERSIHAN SEKOLAH






02HB. FEBRUARI, 2009 ( ISNIN ) - Kampen kebersihan telah diadakan di sekolah bagi perlaksanaan program 3K (P3K)..

Thursday, February 5, 2009

UCAPAN PENOLONG PENGARAH

YM USTAZAH HJH FATIMAH BINTI HJ ABD GHANI
PENOLONG PENGARAH PENGAJIAN ISLAM
JABATANPENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

31HB. JANUARI, 2009 ( SABTU ) -

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Majlis dan Ahli Jawatankuasa Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama Tahun 2007, Penyampaian Hadiah Pelajaran Bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2008 dan penyampaian Hadiah Murid Teladan 2007 kerana menjemput saya hadir pada petang ini di majlis yang penoh berkat ini.

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada pelajar-pelajar petang ini besar maknanya kepad pelajar dan menjadi kebanggaan kepad ibubapa. Inilah bukti segal usaha dan penat lelah pelajar-pelajar belajar dan mengulangkaji berbaloi dengan penghargaan yang diberikan oleh pihak sekolah pada majlis ini.

pelajar-pelajar yang rajin dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran dan mempunyai kehadiran yang cemerlang serta mematuhi disiplin sekolah sudah setentunya di antara ciri-ciri pelajar yang berjaya.

Diucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan bersijil dan Peperiksaan Akhir Tahun, pelajar dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang 2008, pelajar yang berjaya memasuki Sekolah Arab, kehadiran yang membanggakan dan aktif dalam kokurikulum.

Pelajar-pelajar sekalian kejayaan pelajar hari ini hendaklah dikekalkan malah hendaklah ditingkatkan lagi, teruskan usaha dengna gigih, sehingga pelajar akan terus dan terus berjaya di masa akan datang.

Kepada pelajar-pelajar yang telah tamat Darjah ci (6) dan memegang sijil ( Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama ) amal ibadat jangan diabaikan, setiasa membaca AL Quran, Jaga akhlak dan budi pekerti, penghayatan berugama mesti ada dalam diri pelajar-pelajar ianya benteng bagi menangkis hambatan-hambatan sosial yang ada di sekeliling pelajar-pelajar.

Kepada Guru Besar dan guru-guru, hendaknya biskita jangan mudah berpuashati dengan kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar biskita baik dalam peperiksaan bersijil ataupun peperiksaan dalaman sekolah, rancang usaha-usaha untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar agar peratus keputusan dalam akademik pelajar-pelajar sentiasan meningkat dari semasa kesemasa.

Dalam kesempatan ini, saya ingin kitani sama-sama memberikan perhatian dan pengelingahan yang berterusan kepada pelajar-pelajar yang kurang mahir dalam ejaan jawi dan Al Quran juga pelaksanaan kesempurnaan dalam amali ugama. Ini adalah pelajaran teras di samping pelajaran wajib dalam peperiksaan bersijil (Tauhid dan Feqah) juga mata pelajaran lain.

Untuk membenteras kelemahan dalam bacaan dan TUlisan Jawi, Guru Besar dan guru-guru perlu menyusun program-program pengkayaan kepada pelajar-pelajar berkenaan adakan kelas-kelas khas kumpul pelajar tidak mengira kelas, kalau pelajar-pelajar rendah bawah sesi awal adakan selepas jam 3.30 petan, jika pelajar sesi akhir suruh datang awal minta kebenaran ibu bapa atau selepas jam 5.00 petang. Bagi pelajar-pelajar darjah 4, 5 dan 6, guru-guru terpaksa berkorban masa dan tenaga dan segala-galanya dalam usaha memberi ilmu kepada pelajar-pelajar. Insyallah jika ianya dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur, kejayaan pasti di pihak guru-guru di samping kerjasama yangpadu dari ibu bapa pelajar.

Jika pelajar-pelajar atau murid-murid pandai dan lancar membaca jawi sudah setentunya untuk memantapkan lagi pengajaran dalam bacaan-bacaan Al Quran akan lebih mudah dan cepat.

Guru-guru juga hendaklah sentiasa menggunakan alat bantu mengajar untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan dan membantu pelajar-pelajar mengingati apa yang dipelajari. Guru-guru jangan terikat terus dengan buku, gunakan inisiaftif dan kreativiti yang ada untuk memperbagaikan modal dalam pengajaran.

Pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan perbincangan-perbincangan baik secara kumpulan atau perseorangan dalam memperkatakan atau menghuraikan isi pelajaran yang telah dipelajari ini boleh membantu pelajar dalam memberikan hujah dan dapat menjawab soalan-soalan khususnya dalam peperiksaan dengan lebih baik tidak terikat dengan apa yang ada dalam kitab-kitab semata-mata.

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Guru Besar, Guru-guru dan pelajar-pelajar kerana berjaya mengandalikan majlis ini dan akhirnya diucapkan

وبالله توفق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Tuesday, February 3, 2009

MAKLUMAN UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI III

TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDIAN GILIRAN PERADUAN MEMBACA AYAT SUCI AL QURAN BAGI KATEGORI 'A' & 'B' PERINGKAT PEMILIHAN BAGI KAWASAN BRUNEI III AKAN DI ADAKAN:
PADA HARI SABTU
07HB FEBRUARI 2009
JAM 2.00 PETANG
BERTEMPAT SEKOLAH UGAMA KATIMAHAR,
KAWASAN BRUNEI III
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK PENGANJUR
KATEGORI 'A' LELAKI DAN PEREMPUAN SEKOLAH UGAMA KATIMAHAR
KATEGORI 'B' LELAKI DAN PEREMPUAN SEKOLAH UGAMA PENGIRAN MUDA ABD MALIK BENGKURONG

Sunday, February 1, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL








31HB. JANUARI, 2009 ( SABTU ) - Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI tahun 2007 telah diadakan. Majlis diselajurkan dengan penyampaian hadiah cemerlang peperiksaan akhir tahun 2008, kehadiran terbaik, calon ke sekolah arab dan pelajar contoh.



Majlis dimulakan dengan bacaan Al Quran / surah Al Fatihah oleh salah seorang murid sekolah Wafiy bin Hj Morsidi. Ucapan pengerusi membuka tirai dengan memberikan ucapan penghargaan kepada tetamu kehormat YM Ustazah Hjh Fatimah binti Hj Abd Ghani, jemputan-jemputan khas, pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam dan ibubapa/penjaga. Pengerusi mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada murid-murid darjah VI 2007 kerana telah berjaya menamatkan persekolahan ugama.


Majlis pada petang itu diserikan oleh persembahan Nasyid daripada murid-murid darjah I dengan Nasyid mereka Nurul Mustafa. Majlis disambung dengan penyampaian hadiah cemerlang pelajaran kepada murid yang berjaya mendapat tempat pertam, kedua dan ketiga semasa peperiksaan akhir tahun 2008 dan kehadirah terbaik. Sementara murid yang berjaya masuk ke Sekolah Persediaan Arab tidak dilupakan juga turut menerima hadiah sumbangan sekolah sendiri. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat wakil daripada Ketua Murid Sekolah Ugama Katimahar..-31.01.08


SAMBUTAN AWAL HIJRAH 1430

24HB. JANUARI, 2009 ( SABTU ) - Sambutan ma'al hijrah 1430 telah diadakan di sekolah. Diantara perisian majlis ialah ceramah yang telah disampaikan oleh YM Ustaz Hj Anwari bin Hj Rawi Penceramah Pusat Dakwah Islamiah Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

PERLANTIKAN PREFEK SEKOLAH 2009

Guru Desiplin Cikgu Mohd Rijal bin Hj Johari
Ketua Prefek Mohd Rusydi bin Hj Morsidi




17HB. JNUARI, 2009 ( SABTU ) - Seperti lazimnya setiap tahun pihak sekolah akan melantik prefik bagi membantu pihak sekolah dalam mengendalikan aktiviti disamping memberikan pendadahan kepada mereka.
Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar sekolah dan diteruskan dengan taklimat ringkas daripada guru disiplin sekolah Cikgu Mohd Rijal bin Hj Johari serta ketua pengawas mirhad Cikgu Pg Hjh Siti Tiawa binti Pg Hj Munap.
Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar pemimpin yang diketuai oleh ketua prefek Mohd Rusydi bin Hj Morsidi.

PERJUMPAAN IBUBAPA / PENJAGA MURID DARJAH VI

IBUBAPA/PENJAGA DIBERIKAN PELUANG UNTUK MEMBUAT TARGET KEPUTUSAN BAGI ANAK MEREKA YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SSSRU 2009
SEBAHAGIAN IBUBAPA/PENJAGA YANG HADIR


13HB. JANUARI, 2009 (SELASA )- Badan Akademik Sekolah Ugama Katimahar Kawasan Brunei III telah mengadakan Perjumpaan ibubapa/penjaga murid darjah VI yang akan menduduki peperiksaan PSSSRU pada penghujung tahun ini. Di dalam kesempatan tersebut guru wakil guru darjah VI Cikgu Hjh Rosnani binti Hj Abas telah menerangkan mengenai matapelajaran darjah VI dan cara pengredan ( keputusan ) peperiksaan darjah VI.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan bacaan surah alfatihah dan ucapan guru besar sekolah. Guru Besar sekolah mengambil kesempaatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa/penjaga kerana meluangkan masa hadir ke majlis prjumpaan petang itu dan mengharapkan kometmen akan dapat terus diberikan dari masa ke semasa.

Cikgu Hjh Rosnani menjelaskan tujuan perjumpaan ini diadakan bukanlah bertujuan mengajar ibubapa/penjaga untuk membuat pilihan terhadap subjek yang tertentu sahaja akan tetapi membuat penerangan awal agar ibubapa/penjaga mengambil berat mengenai pembelajaran anak-anak mereka, pengamalan terhadap ilmu yang diajarkan amatlah diharap oleh pihak sekolah malahan kerajaan juga turut sama ingin melihat generasi negara ini memilih islam sebagai cara hidup tambah beliau.

Cikgu Mohd Rijal selaku guru desiplin juga mengambil kesempatan menerangkan mengenai desiplin sekolah dan mengharap agar pihak ibubapa/penjaga perlu peka terhadap anak-anak mereka seperti merokok, mewarna rambut, membawa mobile ke sekolah dan sebagainya.
Cikgu Emran bin Hj Abd Rani membuat penerangan mengenai perkhemahan motivasi bagi murid darjah VI tahun 2009 insyallah akan diadakan pada penghujung bulan mac atau awal bulan April dengan bayaran setiap murid sebanya BND60.00.
Pemedulian yang berterusan perlu diberikan kepada-kanak di zaman global ini kerana kita berhadapan dengan pelbagai cobaan dan cabaran, pengaruh-pengaruh barat yang boleh mengoyang akidah juga turut terus dirasai ujar penolong guru kaunseling Cikgu Hj Mohamad Jaya bin Hj Metussin.
Di akhir sessi perjumpaan tersebut ibubapa/penjaga diberikan peluang untuk membuat kata-kata motivasi khas untuk anak-anak mereka ( Wasiat Kecemerlangan ).