Pages

Friday, January 23, 2009

BERTAHLIL DI MAKAM DIRAJA





27HB NOVEMBER, 2008 - Aktiviti amali dijalankan di Makam diraja yang terletak di Batu Satu. Di dalam kesempatan ini selepas membaca surah yassin serta tahlil dan doa arwah khusus bagi Almarhum ayahnda KDYMM dan ibunda baginda, kunjungan kami diberikan sedikit taklimat dan penerangan mengenai sejarah ringkas Makam Diraja mahupun salasilah raja-raja Brunei.

Tuesday, January 20, 2009

PENDAFTARAN DARJAH PRA 2009

Sebok membuat pendaftaran dikendalikan oleh guru darjah pra Cikgu Rinawati dan Cikgu Hjh Jumeerul Adira
Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Abd Razak bin Hj Md Daud, Guru Kanan Pentadbiran I


sebahagian ibubapa dan penjaga yang hadir dan mendengarkan taklimat



07HB JANUARI 2009 - Pihak sekolah telah mengaturkan memberikan taklimat kepada ibubapa dan penjaga murid darjah pra tahun 2009 semasa pendaftaran. Di dalam kesempatan ini Cikgu Malati binti Hj Timbul selakau guru besar sekolah memberikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ibubapa dan penjaga murid kerana telah berkesudian meluangkan masa untuk mendengar sedikit penerangan ringkas mengenai kepentingan persekolahan ugama dan juga peraturan sekolah. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh guru kanan pentadbirn I Cikgu Abd Razak bin Hj Md Daud.

SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH

05HB JANUARI 2009- SETELAH BERCUT SELAMA LEBIH KURANG SEBULAN KINI MASA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DI SEKOLAH.

SEMOGA TAHUN INI AKAN LEBIH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG AMIN...

EHWAL SSSRU SUKAM 2008


21HB NOVEMBER 2008 - Peperiksaan Sekolah-Sekolah Rendah Ugama darjah VI dijalankan sehingga 29hb November 2008. Sebelum menduduki peperiksaan murid-murid juga diberikan kelas tambahan di rumah guru mahupun di sekolah sewaktu cuti awam. ( Juma'at dan Ahad ).
Alhamdulillah pihak sekolah merasa bersyukur dan berterima kasih kepada ibubapa dan penjaga murid kerana telah dapat memberikan kometment yang tinggi bagi menghantar dan mengambil anak-anak mereka di rumah guru yang terletak di Kg Katimahar mahupun di sekolah pada bukan waktu sekolah.
Mudah-mudahan usaha ini akan dapat memberikan hasil yang berbaloi. Semoga allah memberkati usaha-usaha sedemikian.

Suasana peperiksaan berjalan di Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III.
SEMOGA BERJAYA KEPADA MURID-MURID DARJAH VI TAHUN 2008 SEKOLAH UGAMA KATIMAHAR, KAWASAN BRUNEI III DAN SEMOGA MENJADI ANAK BANGSA YANG BERILMU, BERIMAN DAN BERAKHLAK MULIA....AMIN....





HARI KASIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL


22HB. NOVEMBER, 2008 - Sekolah telah mengadakan aktiviti selepas peperiksaan bagi darjah Pra / I /II / III / IV & V. Acara dimulakan dengan pemanasan dan seterusnya perlawanan bola sepak bagi murid lelaki sementara murid perempuan diadakan acara bermain bola jaring di tempat yang berasingan yang dikendalikan oleh guru perempuan.


Antara telatah peserta ( menerima tetamu )


MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DOA ARWAH



19HB NOVEMBER, 2008 - Sekolah mengadakan majlis membaca surah yassin dan tahlil doa arwah khusus bagi salah seorang bekas guru di Sekolah Ugama Katimahar yang telah kembali kerahmatullah pada bulan Oktober yang lalu. Beliau ialah Allahyarham Cikgu Suhadi bin Hj Yaakub.


Majlis dihadiri oleh kaum keluarga allahyarham dan dalam kesempatan itu pihak sekolah juga menghulurkan derma hasil kutipan daripada warga sekolah sendiri.
Semoga Allah mencucuri Rahmat kepada allayarham dan menempatkan rohnya bersama orang-orang yang beramal soleh
AMIN.....
الفاتحه

Sunday, January 18, 2009

MELERAI STRESS SELEPAS PEPERIKSAAN





18HB. NOVEMBER, 2008 - Bagi mengisi masa selepas peperiksaan akhir tahun darjah pra, I, II, III, IV dan V bahagian kaunseling telah mengadakan aktiviti melerai stress selepas pepriksaan. Program ini telah dikendalikan oleh Cikgu Emran bin Hj Abd Rani.

Sunday, January 11, 2009

SEMBAHYANG HAJAT DAN MEMBACA SURAH YASSIN


SEBAHAGIAN YANG HADIR MENGMIN DOA KEHADRAT ILAHI MOGA SEMUA PELAJAR AKAN TERUS BERJAYA DAN BAHAGIA HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT




17hb November, 2008 - Sekolah mengadakan majlis di Masjid Kg Katimahar, Sembahyang Hajat, Membaca Surah Yassin khusus bagi murid yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama. Majlis ini dihadiri oleh ibubapa dan penjaga murid dan orang kampong.

AL FATIHAH



17hb November 2008 - Majlis Membaca Surah Yassin dan Bertahlil bagi Allahyarham Cikgu Suhadi dan Allahyarham Datin Hjh Mariah dan diselajurkan dengan penyempaian darma kepada wakil keluarga masing-masing. Majis di adakan di Sekolah Ugama PAP Masna, Jalan Tutong.



ALLAHYARHAM CIKGU SUHADI BIN HJ YAAKOB


TELAH KEMALI KERAHMATULLAH


PADA


22HB OKTOBER 2007 BERSAMAAN 22 SYAWAL



Alhamdulillah sebahagian murid dan guru-guru berkesempatan hadir di Majlis penyempurnaan jenazah allahyarham di Kg Selayun, Sengkurong.




Sejurus selepas itu diadakan majlis membaca surah Yassin dan tahlil di Sekolah bersama warga sekolah.

Saturday, January 10, 2009

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM TEKNOLOGI KOTA BATU ( SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN )








PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008 BERMULA







Murid mengambil kesempatan mengimbas kembali pelajaran sebelum menduduki peperiksaan






NOVEMBER 2008 - adalah bulan bagi peperiksaan akhir tahun 2008 bagi menilai semula keberhasilan pengajaran yang telah di ajarkan selama setahun. Bermula dari peperiksaan darjah rendah hinggalah darjah tinggi.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI




13hb. Oktober, 2008 - Sekolah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Hadir selaku tetamu kehormat Penghulu Mukim Sengkurong YM Hj Untong bin Hj Abd Rahim.

Bagi Memeriahkan majlis tersebut diselajurkan dengan pelancaran Program 5 "S" di mana penyerahan lencana telah disempurnakan oleh tetamu kehormat sendiri. Sementara lakunan anak durhaka telah dipersembahkan oleh murid darjah VI yang dibimbing oleh Cikgu Hj Mohamad Aslenan bin Hj Metussin.

Wednesday, January 7, 2009

REMAH MESRA AIDIL FITRI KE PUSAT EHSAN



15hb. Oktober, 2008 - Sekolah telah membuat rombongan ke Pusat Ehsan yang terletak di Kampong Bengkurong. Rombongan diteruskan dengan menyempaikan derma hasil kutipan Walkathon yang telah di jalankan pada bulan Mac, 2008 yang lalu. Guru-guru juga berkesempatan membuat pendekatan pengajaran dan perjalanan anak-anak yang berkeperluan khas....



PENYERAHAN DERMA KEPADA DANA PENGIRAN MUDA AL MUHTADEE BILLAH


17hb September, 2008 Rabu - Guru Besar dan rombongan telah pergi ke Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi penyerahan derma kepada Dana Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah untuk anak yatim. Rombongan juga disertai oleh Naib Yang Dipertua Persatuan Ibubapa guru Hj Ahmad Bohari