Pages

Saturday, June 21, 2008

MAJLIS SILATURRAHMI SEKOLAH






14hb. Jun, 2008 ( Sabtu ) - Majlis menandatangani rekod kemajuan peperiksaan setangah tahun 2008 bagi murid Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III telah diadakan di Dewan Sekolah Ugama Katimahar.

Alhamdulillah, kehadiran ibubapa dan penjaga murid amat menggalakkan dan ini adalah merupakan kali pertama ianya diadakan setempat.

Harapan pihak sekolah kepada ibubapa dan penjaga murid agar dapat terus meningkatkan kometmen mereka terhadap sekolah dari masa ke semasa.

Hasil dari perjumpaan ini, alhamdulillah pihak sekolah dapat membuat pendekatan kepada ibubapa dan penjaga di samping mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan mutu prestasi anak-anak mereka.

Thursday, June 12, 2008

MEMBACA SURAH YASSIN



12hb Jun, 2008 ( Khamis ) - Sebelum cuti persekolahan panggal kedua bermula pihak sekolah telah mengadkan aktiviti membaca surah yassin yang dikendalikan oleh Bahagian Amali Agama, Sekolah Ugama Katimahar. Bacaan surah yassin telah dipimpin oleh YM Cikgu Hj Mohd Aslenan bin Hj Metussin semantara bacaan Doa telah disempurnakan oleh YM Cikgu Abd Razak bin Hj Md Daud.

Sebelum berpisah Guru Besar YM Cikgu Malati binti Hj Timbul mengambil kesempatan berpesan kepada murid-murid agar dapat memanfa'atkan cuti yang akan dijalani oleh murid-murid dengan melakukan perkara yang baik dan jangan melupakan akan pelajaran yang telah diajarkan.

Cikgu Mohd Rijal bin Hj Johari selaku guru disiplin sekolah juga mengambil kesempatan untuk bepesan kepada murid agar dapat melaksanakan kerja yang diberikan oleh guru-guru dan mengigatkan kepada murid-murid mengenai disiplin berpakaian sewaktu berada di sekolah.

Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman.

CERAMAH PERMAKANAN SIHAT



12hb Jun, 2008 ( Khamis ) - Dalam usaha memberikan penerangan dan ilmu mengenai permakanan sihat pihak sekolah membuat langkah dengan menjemput bahagian Permakanan Masyarakat, Kementerian Kasihatan, Negara Brunei Darussalam.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh tiga orang pegawai dari bahagian Permakanan Masyarakat. Di dalam sessi ceramah tersebut turut diserikan dengan permainan yang mempunyai releven dalam usaha mempromosikan permakanan sihat terhadap murid-murid.




Ceramah ini hanya dihadiri oleh murid darjah IV / V dan VI. Di dalam kesempatan ini pihak sekolah berasa berdukacita kerana ramai murid tidak menghadirkan diri, ekoran itu pihak sekolah berseru kepada ibubapa dan penjaga agar dapat memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk merialisasikan harapan sekolah bagi sama-sama melahirkan msayarakat yang berpegetahuan tinggi, walaupun sekolah ugama dikenali oleh ibubapa dan penjaga sebagai sebuah institusi pendidikan agama namun pihak sekolah menaruh harapan lebih jauh daripada itu.

Bagi menepati dasar pendidikan negara "melahirkan insan kamil" maka pihak sekolah berusaha mengintigerasikan ilmu agam dengan pengetahuan baru hidup bermasyarakat.




Antara aktiviti yang berlangsung semasa ceramah dijalankan.

CERAMAH JABATAN PENJARA




11hb Jun, 2008 ( Rabu ) - Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei III meneruskan lagi aktiviti selepas peperiksaan setengah tahun bagi tahun 2008. Aktiviti yang mengambil tempat di dewan sekolah ialah ceramah dari Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Ceramah telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Penjara YM Zulhilmi bin Hj Bakri. Dalam ceramah itu beliau telah menyentuh dan menerangkan kepada murid-murid peranan dan tanggong jawab Jabatan Penjara.

Contoh sebatan yang dilakukan terhadap penjenayah


Hai biar betul Cikgu Hj Jaya.....Guru dan murid juga diberikan peluang menjalankan sebatan...



Di dalam kesempatan itu ramai guru dan murid mengambil kesempatan mengajukan pertanyaan yang berkaitan mengenai hukuman yang dijalankan ke atas penjenayah. Alhamdulillah pihak Jabatan Penjara telah memberikan simulasi dan tatacara penjenayah yang menerima hukuman sebat dan di sessi akhir guru dan murid diberikan peluang untuk mencuba membuat sebatan.


Ceramah berakhir dengan penyampaian cenderahati kenangan sekolah kepada Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Wednesday, June 11, 2008

SUKAN CELIK MINDA




10hb Jun, 2008 ( Selasa ) - Sekolah Ugama Katimahar, melalui bahagian Ko Kurikulum sekolah telah mengadakan sukan celik minda yang berlangsung di perkarangan Sekolah Ugama Katimahar.



Acara dimulakan dengan perbarisan lalu dari setiap rumah Ilham ( hijau ), Intelek ( biru ), Inspirasi ( merah ) dan Inovasi ( Kuning ). Acara seterusnua diikuti oleh perasmian oleh guru besar Sekolah Ugama Katimahar, YM Cikgu Melati binti Hj Timbul.


Semua peringkat terlibat mengambil bahagian dalam acara ini bermula dari darjah pra lelaki dan perempuan hinggalah darjah VI.

Bagai acara darjah pra - Perah Minda, darjah I - Setia Kawan, darjah II - Tiga Serangkai, darjah III - Cerdas Minda, darjah IV - Sibutaku Sayang, darjah V - Keriatif Minda dan darjah VI - Rantai Manusia.


Juara Keseluruhan dalam Acara Sukan Celik Minda ini ialah Rumah Ilham ex- Seroja ( Hijau )